|
Post by rahayukdc2 on Dec 17, 2011 10:14:52 GMT -5
sebagai pendidik di era teknologi ini, semestinya kita perlu juga mencari ilmu berkaitan teknologi agar kita mampu membuktikan bahawa kita juga berkebolehan dan tidak ketinggalan
|
|
|
Post by norliakdc2 on Dec 17, 2011 10:16:28 GMT -5
semasa prose s pembelajaran murid -murid suka guru menggunakan ict
|
|
|
Post by jaslinajaafarkdc1 on Dec 17, 2011 10:16:30 GMT -5
Teknologi sememangnya penting terutamanya perisian-perisiannya yang boleh membantu di dalam proses pembelajaran murid-murid.
|
|
|
Post by norazzilakdc2 on Dec 17, 2011 10:16:32 GMT -5
banyak maklumat yang kita perolehi bila membuka laman sesawang. semuanya ada di hujung jari je......
|
|
|
Post by jaslinajaafarkdc1 on Dec 17, 2011 10:18:09 GMT -5
Setuju dengan norlia murid-murid juga berminat dengan pembelajaran menggunakan teknologi ict.
|
|
|
Post by norazzilakdc2 on Dec 17, 2011 10:18:50 GMT -5
guru perlu menambahkan ilmu tentang teknologi kerana di masa akan datang murid lebih pandai menggunakan teknologi berbanding guru.
|
|
|
Post by norazzilakdc2 on Dec 17, 2011 10:20:43 GMT -5
bagi guru pendidikan islam sekarang ini telah ada perisian arabic dan jawi. jadi jangan jadikan satu alasan untuk menaip soalan, lembaran kerja atau apa sahaja di dalam tulisan jawi.....
|
|
|
Post by rahayukdc2 on Dec 17, 2011 10:21:14 GMT -5
sejarah teknologi pendidikan adalah menarik tetapi tiada mana-mana teknologi dapat dijadikan sebagai penyelesaian terbaik dalam pendidikan. gurulah yang berperanan kemenjadian murid.
|
|
|
Post by jaslinajaafarkdc1 on Dec 17, 2011 10:21:50 GMT -5
teknologi banyak membantu guru dan memudahkan proses p&p jika digunakan dan dirancang dengan betul.
|
|
|
Post by norazzilakdc2 on Dec 17, 2011 10:23:11 GMT -5
jika kita merancang P&P menggunakan LCD dan komputer, bukan susah untuk memasang dan menyambungkannya. cumanya kita perlu ada plan B sekiranya LCD atau komputer bermasalah.
|
|
|
Post by suhailahashimkdc1 on Dec 17, 2011 10:24:05 GMT -5
kita sebagai guru memerlukan teknologi bagi membantu memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran masa kini. mempelajari teknologi ICT ini sangat penting bagi membantu murid-murid menguasai ilmu pengetahuan dengan cepat dan mudah. Murid-murid akan mudah tertarik dan memberi tumpuan dalam pembelajaran.
|
|
|
Post by rahayukdc2 on Dec 17, 2011 10:24:19 GMT -5
teknologi hanya boleh membantu guru dalam pnp dan memberi impak yang baik kepada murid2 seandainya digunakan dengan baik.
|
|
|
Post by norazzilakdc2 on Dec 17, 2011 10:24:43 GMT -5
kita juga boleh menyalin soalan-soalan latihan menggunakan scanner dan dimasukkan terus ke dalam komputer dan kita juga boleh ubahsuai latihan tersebut mengikut kesesuaian murid .
|
|
|
Post by norhudaharonkdc2 on Dec 17, 2011 10:25:07 GMT -5
Segalanya terpulang kepada guru sendiri. Guru yang menentukan mudah atau susah.
|
|
|
Post by rahayukdc2 on Dec 17, 2011 10:25:53 GMT -5
guru-guru perlu diberi pendedahan mengaplikasikan teknologi dalam pnp.
|
|