|
Post by rozamohamedkdc6 on Dec 21, 2011 1:25:30 GMT -5
E-Pembelajaran secara online adalah pembelajaran yang pelaksanaannya didukung oleh jasa teknologi seperti telefon, audio, videotape, transmisi satelit atau komputer. Kaedah e-pembelajaran ini memudahkan P&P.
|
|
|
Post by mohdnazrikdc06 on Dec 21, 2011 7:06:33 GMT -5
e-pembelajaran boleh digunakan untuk mengatasi masalah dalam PnP dan meningkatkan prestasi pengajaran.
|
|
|
Post by mohdnazrikdc06 on Dec 21, 2011 7:07:40 GMT -5
dapat meningkatkan pengetahuan melalui pembelajaran yang menggunakan internet dan teknologi terkini.
|
|
|
Post by rozamohamedkdc6 on Dec 21, 2011 23:54:22 GMT -5
Apa itu e-pembelajaran? Menurut Rosmah et.al (2001), E-pembelajaran ini membolehkan pembelajaran tercanggih dilaksanakan dan membolehkan pencapaian ke atas lebih ramai pelajar tanpa mengira jarak jauh di samping membolehkan pembelajaran berlangsung secara berterusan.
|
|
|
Post by rozamohamedkdc6 on Dec 22, 2011 0:15:07 GMT -5
Saluran e-pembelajaran : 1. Menggunakan teknologi komputer. 2. Dijalankan menerusi media elektronik / internet. 3. Pembelajaran berasaskan web, komputer, kelas virtual, kelas digital dsb.
|
|
|
Post by rozamohamedkdc6 on Dec 22, 2011 0:16:59 GMT -5
Variasi e-pembelajaran : 1. Online semata-mata / tiada persemukaan. 2. Pembelajaran campuran - gabungan online dan persemukaan. 3. Interaksi serentak. 4. Interaksi tidak serentak.
|
|
|
Post by rozamohamedkdc6 on Dec 22, 2011 0:20:48 GMT -5
Jenis-jenis- e-pembelajaran : 1. Kumpulan pimpinan pengajar 2. Belajar sendiri 3. Belajar sendiri dengan merujuk kepada mentor 4. Berasaskan laman web 5. Berasaskan komputer 6. Pita video / audio
|
|
|
Post by rozamohamedkdc6 on Dec 22, 2011 0:23:27 GMT -5
Bahan P&P dalam e-pembelajaran yang disediakan dengan baik mestilah menggunakan ciri-ciri multimedia bagi menyampaikan isi pelajaran dengan berkesan dan menarik.
|
|
|
Post by rozamohamedkdc6 on Dec 22, 2011 0:53:05 GMT -5
Ciri-ciri e-pembelajaran, ia mestilah : 1. Bahan pembelajaran berpusatkan komputer. 2. Kaedah penyampaian berkesan - Ciri-ciri multimedia seperti audio, video, animasi, grafik dan simulasi harus digunakan. 3. Kos bahan - kos bahan mestilah setimpal dengan kandungan kualiti dan kuantiti isi pelajarannya.
|
|
|
Post by sitimisrifahkdc6 on Dec 22, 2011 4:12:06 GMT -5
e-pembelajaran boleh diaplikasikan dalam pelaksanaan kursus atau sebagainya bagi meningkatkan kualiti p&p. Ia memberi peluang kepada guru dan murid menjalani masa pembelajaran yang menarik
|
|
|
Post by sitimisrifahkdc6 on Dec 22, 2011 4:16:39 GMT -5
kemudahan dalam e-pembelajaran dapat memudahkan penyampaian dalam p&p serta manarik minat pelajar
|
|
|
Post by sitimisrifahkdc6 on Dec 22, 2011 11:41:26 GMT -5
Penggunaan teknologi dan peralatan elektronik telah banyak mengubah corak PnP di institusi pendidikan. Pelbagai aplikasi telah dicipta untuk melaksanakan e-pembelajaran. Antara yang boleh digunakan ialah e-mail, forum, laman portal yang dapat membantu pelaksanaan e-pembelajaran.
|
|
|
Post by sitimisrifahkdc6 on Dec 22, 2011 11:47:03 GMT -5
Kini e-pembelajaran tidak lagi tertumpu kepada penggunaan PC dalam makmal komputer, tetapi boleh dilaksanakan di mana-mana tempat yang terdapat liputan jalur lebar yang membolehkan pelbagai aktiviti pembelajaran dilaksanakan menggunakan kemudahan seperti Audioconferencing, Video Conferencing, Webiner, SMS, Instant Messaging dan Collaboration Suite.
|
|
|
Post by sitimisrifahkdc6 on Dec 22, 2011 11:49:41 GMT -5
LMS merupakan salah satu portal e-pembelajaran yang banyak digunakan oleh IPT. Aplikasi ini memerlukan yuran langgana tahunan. Ini dapat membantu dalam proses PnP.
|
|
|
Post by norlilywatikdc6 on Dec 22, 2011 23:23:07 GMT -5
E-pembelajaran yang paling kreatif dan berinovasi mempunyai ciri-ciri; mudah dicapai, interaktif, 'user friendly', praktikal, multifngsi dan sentiasa dikemaskini admin.
|
|