|
Post by sitimariammusakdc2 on Dec 17, 2011 15:16:14 GMT -5
Kemajuan teknologi Internet secara langsung telah mengubah senario penggunaan e-pembelajaran dari aplikasi yang paling asas sehinggalah kepada aplikasi yang membolehkan kolaborasi dalam talian dilaksanakan dengan aktif.
|
|
|
Post by sitimariammusakdc2 on Dec 17, 2011 15:37:38 GMT -5
Salah satu ciri E-pembelajaran ialah emel. Penghantaran Emel yang boleh dilaksanakan kepada kumpulan-kumpulan tertentu dengan mewujudkan senarai emel berkumpulan. Komunikasi dua hala ini telah dimajukan dari semasa ke semasa dari penghantaran teks hingalah kepada penghantaran grafik, video, dan audio selaras dengan peningkatan jalur lebar Internet.
|
|
|
Post by samsiahabusarikdc6 on Dec 17, 2011 20:36:04 GMT -5
E-pembelajaran ialah latihan yang dikendalikan menerusi Internet atau rangkaian Internet syarikat. Ia lahir padaawal 80-an dan CD-ROM (Compact Disc-Read Only Memory) digunakan bagi mengajar kemahiran teknikal kepada orang-orang teknikal. Kini kemajuannya kian pesat dan digunakan secara meluas dalam dunia korporat dan akademik.
|
|
|
Post by samsiahabusarikdc6 on Dec 17, 2011 20:39:15 GMT -5
E-pembelajaran juga ditafsirkan sebagai sebarang pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN atau Internet) untuk menyampaikan isi kandungan, interaksi ataupun pemudahcaraan. Internet, Intranet, setelit, pita audio atau video, TV interaktif dan CD-ROM adalah sebahagian daripada media elektronik yang dimaksudkan dalam kategori ini. Pengajaran boleh disampaikan secara synchronously iaitu pada waktu yang sama atau serentak, ataupun asynchronously iaitu pada waktu yang berbeza atau tidak serentak. Bahan pengajarandan pembelajaran yang disampaikan melalui media ini mempunyai teks, animasi, simulasi, audio dan video. Ia juga harus menyediakan kemudahan untuk perbincangan kumpulan dan bantuan professional isi kandungan pelajaran secaradalam talian (Learnframe, 2001).
|
|
|
Post by samsiahabusarikdc6 on Dec 17, 2011 20:41:20 GMT -5
Dengan ciri-ciri menarik yang ada pada e-pembelajaran serta minat pelajar terhadap fungsi-fungsi di dalam Internet, maka ianya telah digunakan dengan meluas untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Kejayaan agenda e-pembelajaran kebangsaan banyak bergantung kepada pelaksanaan ICT di pusat-pusat pengajian tinggi. Jika pelajar dapat dibimbing untuk menggunakan e-pembelajaran dengan cara yang berfaedah maka ianya akan membantu mengurangkan penggunaan teknologi maklumat bagi kegunaan negatif yang lain
|
|
|
Post by samsiahabusarikdc6 on Dec 17, 2011 20:46:04 GMT -5
e-pembelajaran akan menjadi antara pemangkin utama kepada sistem pendidikan di Malaysia pada tahun-tahun mendatang.
|
|
|
Post by zuridahchewankdc2 on Dec 17, 2011 21:46:20 GMT -5
Masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar dewasa melalui pembelajaran e-learning (kos yuran, hari pembelajaran, jadual, masa kuliah dan masalah pengangkutan) adalah berada pada tahap sederhana dan tidak terlalu serius.
|
|
|
Post by zuridahchewankdc2 on Dec 17, 2011 21:47:20 GMT -5
mempunyai banyak kelebihan kepada pelajar
|
|
|
Post by zuridahchewankdc2 on Dec 17, 2011 21:48:20 GMT -5
menggunakan e-pembelajaran, mereka dapat memperolehi banyak nota-nota dan bahan-bahan pembelajaran sebagai tambahan kepada nota kuliah yang didapati di dalam bilik kuliah.
|
|
|
Post by zuridahchewankdc2 on Dec 17, 2011 21:49:05 GMT -5
pembelajaran elektronik sebagai alternatif untuk mendapatkan bahanbahan tambahan dalam proses pembelajaran
|
|
|
Post by zuridahchewankdc2 on Dec 17, 2011 21:49:50 GMT -5
menggunakan pembelajaran elektronik pada bila-bila masa.
|
|
|
Post by zuridahchewankdc2 on Dec 17, 2011 21:51:05 GMT -5
melalui nyer...kita dapat mencuba sesuatu yang baru
|
|
|
Post by zuridahchewankdc2 on Dec 17, 2011 21:51:23 GMT -5
dan tidak mahu ketinggalan dalam penggunaan teknologi pembelajaran
|
|
|
Post by zuridahchewankdc2 on Dec 17, 2011 21:54:19 GMT -5
kemudahan ICT dan kemudahan Internet, kos, masa dan sebagainya menjadi jambatan utama bagi menjadikan e-pembelajaran ini menjadi alat pembelajaran yang utama
|
|
|
Post by zuridahchewankdc2 on Dec 17, 2011 21:55:14 GMT -5
pihak universiti perlu memberikan pendedahan yang meluas kepada para pelajar tentang kepentingan menggunakan pembelajaran elektronik dalam proses pembelajaran.
|
|