|
Post by sitiasiahkdc4 on Nov 18, 2011 0:59:51 GMT -5
Pelajar yang menggunakan e-pembelajaran pasti dapat meningkatkan lagi pengetahuan dan memperkukuhkan kemahiran selaras dengan anjakan paradigma sistem pendidikan. Tanpa usaha, kejayaan sukar diperolehi.
|
|
|
Post by sitiasiahkdc4 on Nov 18, 2011 1:05:48 GMT -5
e-pembelajaran berupaya melahirkan minda pelajar kelas pertama kerana melalui portal yang banyak dan mudah diakses, pelajar akan dapat mencapai tahap kepuasan belajar yang paling tinggi kerana ia memang senang lagi menyenangkan. Keputusan periksa pasti mengagumkan.
|
|
|
Post by ctsiharinakdc4 on Nov 18, 2011 2:45:22 GMT -5
E-pembelajaran tidak lagi terhad kepada pc sahaja pada masa kini.Banyak gadget yang dicipta yang memudahkan proses e-pembelajaran berlaku dimana saja kita berada,termasuklah iPad, Samsung galaxy tab,Hp Touch Pad. HTC Flyer dan banyak lagi yang ada di pasaran pada hari ini.
|
|
|
Post by arifahabarifkdd1 on Nov 18, 2011 3:24:43 GMT -5
Guru dan murid tidak lagi perlu bersua untuk proses p&p. Ia perlu merangkum suatu program yang mapan, bukan saja mampu mengekalkan kualiti pendidikan, malah mampu menjadi lebih terancang dan fleksibel jika diukur dan aspek penilaian prestasi pelajaran dan pembelajaran yang dilangsungkan
|
|
|
Post by roslinajaafarkdc5 on Nov 18, 2011 3:34:53 GMT -5
Dalam melaksanakan e-pembelajaran, setiap sekolah mestilah mempunyai pelbagai kemudahan dan prasarana Teknologi Maklumat yang mencukupi dari segi peralatan, kewangan, pengurusan, perisian, tenaga mahir serta berbagai lagi. Hasilnya, hanya sekolah-sekolah yang berada di bandar sahaja mempraktikkan teknologi ini, sedangkan sekolah-sekolah di pedalaman ketinggalan dalam menikmati segala kemudahan dan kecanggihan teknologi kini akibat kekurangan infrastruktur yang mencukupi.
|
|
|
Post by roslinajaafarkdc5 on Nov 18, 2011 3:42:52 GMT -5
Tumpuan dan minat murid kepada pengajaran dan pembelajaran pada masa kini lebih berfokus dengan adanya e-pembelajaran.Tingkatkan usaha guru untuk mempelajari teknologi maklumat dari masa ke semasa untuk memastikan modal insan yang kita lahir dan gilap lebih berkualiti dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa.
|
|
|
Post by arifahabarifkdd1 on Nov 18, 2011 4:10:11 GMT -5
e-pembelajaran dapat mengenal pasti kelemahan dan kekuatan pelajar melalui latihan dan profil pelbagai sumber pembelajaran. melalui latihan yang dijalankan melalui talian, ia mampu membuat penilaian terhadap kemampuan para pelajar dalam setiap komponen dalam satu-satu mata pelajaran.
|
|
|
Post by arifahabarifkdd1 on Nov 18, 2011 4:23:40 GMT -5
e-pembelajaran juga mampu menyediakan kemudahan kepada para guru untuk mengubahsuai sistem sedia ada mengikut kesesuaian proses pengajaran di dalam bilik darjah
|
|
|
Post by linarahmankdd2 on Nov 18, 2011 5:57:09 GMT -5
P&P menggunakan IT lebih mudah untuk menyediakan dan menarik untuk dipaparkan kepada audience. e-pembelajaran memudahkan student untuk acess apa2 maklumat bila2 masa. Salwa... betul tak?
|
|
|
Post by noredzawatiazizkdc4 on Nov 18, 2011 6:04:50 GMT -5
Interaktiviti dan kesegeraan • Biar pelajar yang melakukan (kebanyakan) aktiviti • Perbincangan dikendalikan oleh pelajar • Pelajar mencari dan membincangkan sumber maklumat daripada internet • Pelajar membantu antara satu sama lain (peer assistance) • Pelajar memberi markah tugasan mereka sendiri • Interaktif • Pelajar berinteraksi dengan rakan sekelas, pensyarah, nota kuliah, internet, dengan ahli kumpulan, rakan tugasan ciri e- pembelajaran yang baik.
|
|
|
Post by norainkdc2 on Nov 18, 2011 7:37:48 GMT -5
e-pembelajaran adalah satu kaedah yang baru dan perlu diterokai oleh kita bagi memacu pelajar kita kearah pendidikan yang lebih maju dan dinamik. Perlu diperluaskan penggunaannya dan di semua peringkat.
|
|
|
Post by azrinamohdkdd2 on Nov 18, 2011 8:21:28 GMT -5
Dengan adanya e-pembelajaran, kita tidak perlu duduk sopan2 di kelas untuk mendengar lectur secara langsung. E-pembelajaran juga dapat menjimatkan masa pembelajaran terutamanya bagi student PJJ
|
|
|
Post by zulkarnainkdc5 on Nov 18, 2011 9:00:13 GMT -5
E- pembelajaran memerlukan sokongan dan tanggungjawab semua agar ia berjaya ....
|
|
salwakdd2
Full Member
ada aku kisah....
Posts: 120
|
Post by salwakdd2 on Nov 18, 2011 9:11:29 GMT -5
e- pembelajaran adalah kaedah dan teknik p&p yng efisyen dan releven dekad ini
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Nov 18, 2011 9:15:27 GMT -5
e-pembelajaran boleh diaplikasikan untuk murid sekolah rendah namun guru perlu memastikan mereka celik ICT.
|
|