|
Post by maizatulemlykdc4 on Dec 11, 2011 20:52:05 GMT -5
Ini adalah untuk mengelakkan berlakunya kecacatan dan kecelaruan semasa proses pembelajaran berbantukan komputer dilakukan.
|
|
|
Post by maizatulemlykdc4 on Dec 11, 2011 20:55:14 GMT -5
Untuk mendapatkan lebih keberkesanan dalam penggunaan dalam perancangan sumber teknologi ini,guru boleh melakukan penilaian dan mendapatkan maklumbalas dari murid berdasarkan pencapaian objektif dan input yang diperolehi murid berdasarkan pembelajaran mereka berbantukan komputer.
|
|
|
Post by maizatulemlykdc4 on Dec 11, 2011 20:56:39 GMT -5
Berdasarkan penilaian yang dibuat,guru boleh merancang dan memilih strategi yang bersesuaian untk digunakan dalam pengajaran.
|
|
|
Post by khatijahkdd1 on Dec 11, 2011 21:18:11 GMT -5
Dalam perkembangan ICT masakini, tidak dapat dinafikan, komputer mempunyai kesan yang besar kepada pelaksanaan sistem pendidikan sesebuah negara. Perkembangan yang berlaku ini tidak harus disiasiakan oleh para pendidik dalam meningkatkan prestasi pengajaran mereka.
|
|
|
Post by khatijahkdd1 on Dec 11, 2011 21:21:04 GMT -5
sistem persekolahan telah dilengkapi dengan kemudahan komputer dan rangkaian networking untuk membolehkan mata pelajaran diajar menggunakan teknologi interaktif multimedia dan pengajaran menerusi laman web. Kaedah pengajaran dan pembelajaran akan berubah bagi memupuk kemahiran berfikir, pembelajaran kendiri,pembelajaran kontektual, berdaya cipta dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang relevan dengan masa kini.
|
|
|
Post by khatijahkdd1 on Dec 11, 2011 21:23:03 GMT -5
Guru-guru perlulah dilatih menggunakan komputer dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Oleh itu untuk menjayakan program pengintegrasian ICT di kalangan guru, guru perlu diberi latihan bagi meningkatkan ketrampilan mereka untuk menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran.
|
|
|
Post by khatijahkdd1 on Dec 11, 2011 21:23:26 GMT -5
Pendedahan kepada asas-asas pengintegrasian ICT akan dapat menarik minat guru-guru untuk menggunakannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
|
|
|
Post by khatijahkdd1 on Dec 11, 2011 21:25:05 GMT -5
Kesediaan guru dalam merancang penggunaan komputer bagi proses pengajaran dan pembelajaran merupakan salah satu faktor yang dapat membantu bagi menjayakan proses pendidikan yang berasaskan kepada teknologi.
|
|
|
Post by khatijahkdd1 on Dec 11, 2011 21:26:13 GMT -5
Penggunaan ICT secara berkesan akan dapat membantu guru kerana terdapat peristiwa atau fenomena yang sebenarnya berlaku tidak dapat ditunjukkan dalam bilik darjah.
|
|
|
Post by khatijahkdd1 on Dec 11, 2011 21:28:39 GMT -5
Perancangan sumber teknologi memberikan ruang perkongsian pengalaman, idea dan pandangan di kalangan guru-guru terhadap pengajaran dan pembelajaran khususnya yang berkaitan dengan pengintegrasian kandungan bahan-bahan berasaskan ICT.
|
|
|
Post by khatijahkdd1 on Dec 11, 2011 21:29:44 GMT -5
Perancangan sumber teknologi membantu guru membina rancangan pengajaran yang berasaskan pengintegrasian kandungan bahan-bahan berasaskan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan khususnya penggunaan perisian-perisian yang dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
|
|
|
Post by khatijahkdd1 on Dec 11, 2011 21:30:53 GMT -5
Membina satu rancangan pengajaran ringkas bagi melaksanakan pengintegrasian kandungan bahan-bahan berasaskan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dan makmal komputer.
|
|
|
Post by nikzihankdc4 on Dec 11, 2011 21:31:13 GMT -5
setuju dengan idarsurjanakdd2.... Perancangan dari pihak guru juga penting dalam P&P kerana ia akan melicinkan proses pengajaran, menjimatkan masa, tenaga dan wang.contoh...bahan-bahan bantu mengajar tak perlu lagi disediakan seperti kad manila atau kertas majung oleh guru sebaliknya disiapkan dalam bentuk slide atau powerpoint yang mudah dibawa ke mana-mana.
|
|
|
Post by khatijahkdd1 on Dec 11, 2011 21:32:58 GMT -5
Teknologi maklumat dan komunikasi telah memberikan impak yang besar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan peralatan teknologi pendidikan seperti komputer dan internet oleh guru-guru merupakan salah satu cara yang boleh dipraktikkan bagi meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran yang terancang. Selain itu, minat dan tumpuan pelajar dapat ditarik menerusi perancangan penggunaan komputer yang rapi serta sistematik.
|
|
|
Post by khatijahkdd1 on Dec 11, 2011 21:34:31 GMT -5
Memperbanyakkan alat bantu mengajar bagi menarik minat pelajar mengikuti mata pelajaran Selain itu, guru-guru perlu mempunyai tahap profesionalisme yang tinggi. Mereka hendaklah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan memperbaharuinya sepanjang masa kerana bidang ilmu pengetahuan bertambah luas.
|
|