|
Post by rozamohamedkdc6 on Dec 22, 2011 1:38:54 GMT -5
Seseorang guru perlu merancang sumber teknologi sebelum P&P kerana : 1. Agar sesi P&P berjalan dengan berkesan dan dapat menarik perhatian murid. 2. Agar tidak berlaku sebarang masalah semasa sesi P&P sedang berjalan kerana penggunaan bahan dan cara penggunaannya telah dirancang dari awal. 3. Guru dapat memilih bahan / alat dari sumber teknologi dan aplikasinya dalam P&P adalah betul dan bersesuaian. 4. Guru dapat menentukan objektif yang betul dan sesuai apabila menggunakan bahan dari sumber teknologi dalam P&P.
|
|
|
Post by rozamohamedkdc6 on Dec 22, 2011 1:51:04 GMT -5
Cabaran dan rintangan yang tidak dijangkakan yang mungkin akan berlaku semasa menggunakan teknologi dalam P&P ialah : 1. Timbul masalah pada alat teknologi seperti komputer/laptop atau LCD. 2. Bahan teknologi tidak berfungsi seperti perisian tertentu atau DVD/VCD. 3. Terputus bekalan elektrik semasa aplikasi. Contoh : P&P tergendala ketika guru hendak memaparkan visual di skrin LCD. 4. Serangan virus. Contoh : Berlaku serangan virus ketika aplikasi P&P menggunakan internet / muat turun dokumen.
|
|
|
Post by sitimisrifahkdc6 on Dec 22, 2011 6:35:47 GMT -5
Merancang sumber teknologi ialah mencari,menyusun atur dan memproses maklumat yang akan di gunakan dalam p&p seperti mencari maklumat dari internet.
Mengapa kita perlu merancang ? Supaya dapat capai objektif.
|
|
|
Post by sitimisrifahkdc6 on Dec 22, 2011 10:58:53 GMT -5
Perancangan sumber teknologi dalam pendidikan amat penting. Contohnya penggunaan teknologi dalam bilik darjah meliputi apa yang hendak diajar, bagaimana akan diajar, teknologi yang terlibat serta bagaimana mengintegrasikan teknologi dalam PnP.
|
|
|
Post by sitimisrifahkdc6 on Dec 22, 2011 11:06:12 GMT -5
Perlunya perancangan sumber teknologi bagi mengelakkan masalah-masalah yang tidak dijangka. Ini kerana apa yang penting adalah pencapaian objektif dalam pembelajaran. Oleh itu bagi mengelakkan masalah yang tidak jangka guru perlu bijak menyediakan alternatif.
|
|
|
Post by sitimisrifahkdc6 on Dec 22, 2011 11:12:55 GMT -5
Dengan adanya perancangan sumber teknologi akan menarik minat pelajar mengikuti Pnp serta dapat menumpukan sepenuh perhatian.
|
|
|
Post by sitimisrifahkdc6 on Dec 22, 2011 11:14:41 GMT -5
Perancangan sumber teknologi PnP menjadi lebih tersusun dan menepati apa yang hendak disampaikan dalam pembelajaran.
|
|
|
Post by rahyukdc6 on Dec 22, 2011 19:22:14 GMT -5
Perancangan sumber teknologi sangat perlu untuk guru merancang pengajaran sebelum bermulanya p&p.
|
|
|
Post by rahyukdc6 on Dec 22, 2011 19:23:39 GMT -5
perancangan yang betul dan menepati sukatan pelajaran akan menghasilkan sesi pengajaran dan pembelajaran sangat berkesan.
|
|
|
Post by rahyukdc6 on Dec 22, 2011 19:26:37 GMT -5
merancang pengajaran menggunakan sumber teknologi akan menambahkan kemahiran guru mengaplikasikan ICT dan menuntut menggunakan bahan tersebut.
|
|
|
Post by rahyukdc6 on Dec 22, 2011 19:28:53 GMT -5
merancang sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan murid-murid gembira dan cepat faham dengan menggunakan perancangan sumber teknologi.
|
|
|
Post by rahyukdc6 on Dec 22, 2011 19:33:36 GMT -5
perancangan pengajaran menjadi lebih sistematik dengan menggunakan perancangan sumber teknologi. Ia menjadi satu perkembangan yang perlu diketahui dan dikuasai untuk meningkatkan ilmu keperguruan.
|
|
|
Post by rahyukdc6 on Dec 22, 2011 19:35:32 GMT -5
Merancang dengan betul menjimatkan masa dan dapat banyak peluang membimbing murid.
|
|
|
Post by sitimisrifahkdc6 on Dec 23, 2011 8:05:46 GMT -5
Merancang sumber teknologi bermaksud merancang apakah aplikasi media yang hendak digunakan semasa PnP dijalankan.
|
|
|
Post by sitimisrifahkdc6 on Dec 23, 2011 8:07:50 GMT -5
Mengapa kita perlu merancang? Agar penyampaian sepanjang sesi PnP berjalan dengan lancar dan berurutan. Tidak akan berlaku kecelaruan yang menyebabkan pelajar menjadi keliru.
|
|