|
Post by aslizaalikdd1 on Oct 25, 2011 18:45:55 GMT -5
teknologi memang banyak membantu tugas guru....dalam bidang pengajaran juga dalam menjalankan tugasan harian...tambahan sekarang ni tugasan p/keranian guru lebih byk dari kerani sendiri...tak de teknologi memang susah la jawap nye
|
|
|
Post by haslizahamidkdc1 on Oct 25, 2011 23:09:03 GMT -5
Masa kini guru dan teknologi seperti tidak boleh dipisahkan, guru perlu ambil inisiatif untuk mengguna teknologi ICT dalam p&p supaya lebih berkesan . Kemudahan telah ada jadi kita guna untuk kebaikan ...
|
|
|
Post by arifahabarifkdd1 on Oct 25, 2011 23:48:10 GMT -5
perubahan masa memerlukan guru sentiasa peka dengan perkembangan ict. ilmu dan sedikit kreativiti akan menjadikan proses p&p menarik dan berkesan.
|
|
|
Post by samsilakdc2 on Oct 26, 2011 0:33:06 GMT -5
Saya sangat menyokong aplikasi ICT dalam dunia pendidikan kini. Program spt EMIS, HRMIS, SAPS, SMM,e-GTukar, e-Operasi, SKPM, SisMakan dan banyak lagi!..Ia sangat mudah, cepat dan sangat membantu dalam pengurusan. Namun ada segelintir pihak yang mempertanggungjawabkan tugas untuk mengemaskini nya kepada individu-individu tertentu sahaja,sedangkan semua guru sepatutnya diberi pendedahan dan tahu mengendalikan aplikasi ini agar ketelusan maklumat sentiasa terkawal.
|
|
|
Post by sharinahashimkdc2 on Oct 26, 2011 2:22:17 GMT -5
saya sangat bersetuju sekiranya guru menggunakan teknologi yang disediakan dalam P&P tetapi masa yang diperuntukkan kepada guru sangat terhad.. Bagi guru agama pula perisian yang di beri sangat sedikit... tapi apa2 pun kita kena mencuba kepelbagaian ICT ini mengikut arus peredaran masa...
|
|
|
Post by fatimahsaadonkdd1 on Oct 26, 2011 16:08:40 GMT -5
tidak dinafikan kepelbagaian teknologi telah mencetus peluang bagi guru untuk memilih teknologi yang sesuai digunakan untuk pengajaran.namun guru perlulah berhati-hati ketika memilih teknologi yang sesuai dengan mengikut aras murid.
|
|
|
Post by zuhanakdc2 on Oct 26, 2011 22:48:53 GMT -5
saya sangat setuju ,teknologi digunakan dalam pengajaran kerana murid akan memberi perhatian dan tumpuan yg lebih berbanding hanya bercerita saje tanpa ada interaksi 2 hala.
|
|
|
Post by zuhanakdc2 on Oct 26, 2011 22:58:41 GMT -5
hari ni murid bawa buku teks ke sekolah, esok lusa kita akan dengar mereka bawa laktop ,ipad dll ke sekolah,oleh itu kita sbg pendidikan kena lah melengkapkan diri dgn pengetahuan dan kemahiran teknologi ICT.
|
|
|
Post by samsilakdc2 on Oct 26, 2011 23:17:26 GMT -5
Penggunaan ICT dalam P&P sangat menjimatkan masa... percayalah kita boleh menyudahkan sukatan dengan cepat, kerana proses P&P dipermudahkan dengan paparan dan soalan2 interaktif yang disediakan dan guru kurang membebel, jimat air liur!.. Selalulah join blog2 guru dan download bahan2 pengajaran dan kalau ada bahan2 lain upload lah n kongsikan bersama... Pasni boleh lah pergi ke kelas bawa buku Ringkasan n 'thumbdrive' jew..
|
|
|
Post by rosnanikdd1 on Oct 27, 2011 0:38:04 GMT -5
Menggunakan teknologi sebenarnya tidak menyusahkan, tetapi yang menyusahkan adalah kemudahan yang diberi kadang-kadang mencukupi dan kadangkala tidak..ini tidak termasuk dengan kemudahan yang rosak tidak dapat diperbaiki kerana kekurangan IT technician. MUrid-murid memang seronok belajar menggunakan teknologi namun disbabkan masalah ini membantutkan semangat guru dan murid untuk belAJAR. Pada zaman ini, teknologi dan kreativiti menggunakannya dalam P&P sangat penting dan membantu dalam pengajaran.
|
|
|
Post by hanisahhamidkdd2 on Oct 27, 2011 1:40:49 GMT -5
bagi pendapat saya, chalk and talk lebih bagus dn objektif mudah tercapai dn mudah untuk dsampaikan...tp ble dbantu dgn ict lebih memberansangkan minda pelajar utk menerima subjek yg diajar
|
|
|
Post by norliawanikdd1 on Oct 27, 2011 2:45:03 GMT -5
Dunia pendidikan hari ini sudah berubah jika dibandingkan dengan 20 atau 30 tahun dahulu. Murid hari ini lebih moden dan terbuka dalam mengikuti perkembangan semasa. Kalau dahulu murid luar bandar boleh dikatakan ketinggalan dalam arus pemodenan namun hari ini murid luar bandar pun sudah setanding dengan murid bandar. Transformasi dalam teknologi hari ini mendorong kepada perubahan dalam penddikan.
|
|
|
Post by norliawanikdd1 on Oct 27, 2011 2:50:51 GMT -5
Sejak internet digunakan secara meluas, pemikiran masyarakat menjadi lebih terbuka. Semua berita, maklumat dan isu-isu dunia hanya berada dihujung jari. Tidak dapat dinafikan internet banyak membantu dan memberi manfaat sekiranya digunakan secara positif, tetapi sekiranya digunakan secara negatif boleh menyebabkan banyak gejala buruk berlaku. Di sinilah pentingnya peranan guru dalam memupuk kesedaran murid mengenai kesan baik dan buruk setiap tindakan mereka.
|
|
|
Post by abdularifkdc2 on Oct 27, 2011 7:45:23 GMT -5
salam.. Kerajaan telah banyak memberi kemudahan kepada para guru dalam bigang ICT,terpulang pada sikap dan keperihatinan guru untuk melaksanakannya di sekolah semasa sesi P&P
|
|
|
Post by fatimahsaadonkdd1 on Oct 27, 2011 17:04:53 GMT -5
ya dengan tercetusnya kepelbagaian teknologi memberi peluang kepada guru untuk memilih teknologi yang sesuai untuk pengajaran.contoh guru boleh muat turun pelbagai video yang menarik minat murid ketika proses induksi set atau penutup p&p.
|
|