|
Post by mohdnazrikdc06 on Nov 11, 2011 10:07:10 GMT -5
sememangnya sebagai seorang guru kita seharusnya merebut peluang agar tidak ketinggalan dalam teknologi yang serba moden ini. Penggunaan teknologi yang meluas ini harus kita gunakan sebaik mungkin terutama dalam proses P&P. Sebagai contoh pelbagai perisian kita boleh gunakan sewaktu pengajaran, proses pengajaran yang menarik menggunakan teknologi ini boleh memberi keberkesanan dan impak yang poitif terhadap para pelajar.
|
|
|
Post by anitasaridinkdc1 on Nov 11, 2011 10:13:45 GMT -5
dunia tanpa sempadan kini di hujung jari..teknologi terkini harus dipelajari untuk manfaat diri dan murid yang dikasihi....mahu atau tidak teknologi semakin maju ,jadi rajin2la rujuk pada pakar ICT
|
|
|
Post by zainonkdc3 on Nov 11, 2011 13:56:51 GMT -5
Guru dengan teknologi bagai lagu dgn irama tidak boleh dipisahkan terutama zaman siber masa kini. Sekurang-kurangnya guru dah ada pengetahuan asas mengenai IT yg boleh digunakan dlm p&p. Mgkn akan datang tiada penggunaan kertas dlm exam dan guru dpt menyemak soalan murid dgn cepat. Senang dan pantas bl semuanya dapat dilaksanakan di sekolah..
|
|
|
Post by noorasiahkdc4 on Nov 11, 2011 19:02:49 GMT -5
Dalam era globalisasi guru dan teknologi amat penting .Guru mesti mempertajamkan minda dalam dunia ICT bagi menjadikan p&p lebih menarik.
|
|
|
Post by sufadewisukorkdc4 on Nov 11, 2011 20:12:35 GMT -5
iye betul tu sahabat2....kita selalunya menginginkan yang indah2 belaka..tapi hakikatnya laluilah
era teknologi ini dengan hati yang redho dan optimumkan sebaik mungkin teknologi yang seadanya
di depan mata kita....itulah realitinya kita sebagai guru....
|
|
|
Post by noredzawatiazizkdc4 on Nov 11, 2011 20:16:07 GMT -5
namapak je peluang berkenaan dengan teknologi, cepat-cepat ambil peluang. sekarang nie banyak peluang yang kadang-kadang percuma yang orang tak nampak. contohnya belajar komputer secara percuma.
|
|
|
Post by rozaidikdc3 on Nov 11, 2011 20:20:10 GMT -5
yang penting persediaan kita sbg guru,adakah sanggup kita berubah dan mempelajari sesuatu yang baru dengan berkorban tenaga ,wang dan masa demi masa depan anak didik kita dengan ikhlas hati?kita tanya pada diri masing2...insyaAllah kalau guru melakukan sesuatu itu dengan ikhlas apa saja rintangan atau cabaran dapat di atasi dengan baik malah akan ditolong dan dipermudahkan oleh Allah.
|
|
|
Post by zulaikhakdc3 on Nov 11, 2011 20:29:24 GMT -5
namapak je peluang berkenaan dengan teknologi, cepat-cepat ambil peluang. sekarang nie banyak peluang yang kadang-kadang percuma yang orang tak nampak. contohnya belajar komputer secara percuma. Setuju...skrg ni nak belajar kemahiran menggunakan teknologi tak seperti zaman2 kita dulu lepas SPM...(habis SPM, perlu mnta duit kt mak ayah utk ke kelas komputer...kalau kelas yg sekolah buat pun kena bayar dgn harga yg agak mahal).Sekarang ni kursus utk guru2 byk yg diadakan dan kalau kt sekolah tu ramai jer guru2 yg berkemahiran nk share ilmu dan pengalaman mereka dgn kita...semuanya FOC....
|
|
|
Post by noredzawatiazizkdc4 on Nov 11, 2011 20:30:12 GMT -5
Sebenarnya, zainon bagi peperiksaan bertulis juga penting bagi membantu murid dalam pergerakan fizikal. nanti takut murid hidup di alam maya tanpa realiti.
|
|
|
Post by salehawatikdc6 on Nov 11, 2011 20:43:23 GMT -5
Dengan adanya teknologi guru dapat memudahkan tugas mengajar dan mencari pelbagai maklumat berkaitan topik yang diajar. Seharusnya guru perlu peka dan sentiasa belajar mengenai teknologi seiring dengan dunia ict. Ia sangat berguna untuk diri dan anak didik kita.
|
|
|
Post by sufadewisukorkdc4 on Nov 11, 2011 23:09:41 GMT -5
saya setuju dengan k edza,,,,masih ada skill lama yang perlu dikekalkan .....tak semuanya perlu di ubah..tapi iyelah bak kata orang...masa akan datang masih tak terjangkau fikiran lagi,,,...mana;ah tahu ada betulnya kata zainon...era moden akan dtg mcm2 bole berlaku.... ?
|
|
|
Post by khaikdc3 on Nov 11, 2011 23:43:58 GMT -5
Penggunaan ICT dalam P&P di sekolah sebenarnya amat membantu . Menjimatkan masa guru dan berjaya menambat hati murid-murid. Sayangnya , makmal komputer dan peralatannya terhad. Harap mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak KPM
|
|
|
Post by khaikdc3 on Nov 11, 2011 23:46:22 GMT -5
janganlah kita menjadi seperti " bangau oh bangau " yang sering menyalahkan orang lain dan keadaan . muhasabah diri kita sebaiknya
" minal mahdi , ila lahdi "
|
|
|
Post by khaikdc3 on Nov 12, 2011 0:12:53 GMT -5
salam sejahtera
guru dan teknologi .......... semestinya se iring dan se jalan .... baru tercapai hasrat kerajaan
tak cuba , tak tahu , dah cuba , baaaaaaaaaaru tahu ..... langsung tak leh pisah ngan laptop
|
|
|
Post by samsilakdc2 on Nov 12, 2011 1:11:37 GMT -5
Perubahan diperlukan untuk memenuhi keperluan masyarakat sekarang yang banyak dipengaruhi oleh dunia yang dicorakkan oleh pembangunan teknologi. Proses pembelajaran patut memanfaatkan teknologi untuk pedagogi terkini yang lebih prihatin kepada ciri-ciri pelajar sekarang. Kebanyakan kemahiran abad ke-21 adalah berdasarkan kepada pendedahan terhadap ICT. Jika dahulu, literasi cuma merangkumi membaca, menulis, dan mengira, literasi abad ke-21 melibatkan literasi digital. Guru memainkan peranan utama dalam membimbing pelajar untuk melayari internet, mencari laman sesawang, memilih perisian yang sesuai dan mengumpul serta mengulas maklumat. Dengan bimbingan guru juga kesedaran global pada era digital sepatutnya mudah dicapai dan seharusnya meningkat...
|
|