|
Post by badrunnisahkdc4 on Nov 2, 2011 0:08:57 GMT -5
Sekadar selingan yer... Generasi kini sangat cepat, laju dan pantas... Guru juga perlu seiring langkah bersama mereka..Ayuh guru!
|
|
|
Post by ctnorhafizahkdc4 on Nov 2, 2011 0:16:45 GMT -5
:)terima kasih kak samsilakdc2....
|
|
|
Post by ctnorhafizahkdc4 on Nov 2, 2011 0:20:39 GMT -5
Zaman dh berubah nisa....semua org mengejar masa...begitu juga lah dgn banyakkannya perubahan teknologi kita yg sememangnya tak terkejar di buatnya....
|
|
salwakdd2
Full Member
ada aku kisah....
Posts: 120
|
Post by salwakdd2 on Nov 2, 2011 3:16:56 GMT -5
Yusran KDC 3...
Mungkin saudara tidak mengetahui bahawa banyak bahan-bahan pengajaran ICT dalam pendidikan Islam dan Bahasa Arab. walaupun saya bukan mengambil jurusan pendidikan Islam di USIM..
Terkejut?...
Saya tidak tahulah saudara mengajar di sekolah rendah tau di sekolah menengah..sepanjang pengetahuan saya ,suami saya mengajar Bahasa arab dan Pendidikan Islam di sekolah menengah.... sehingga ke hari ini dia menggunakan ICT semasa sesi P&P .
Jadi bila saudara kata kemudahan IT yang berkaitan dengan pend. Islam ini kurang ...saya musykil sikit.
|
|
|
Post by rozamohamedkdc6 on Nov 2, 2011 3:55:26 GMT -5
Mmg byk bahan P&P berasaskan ICT yg disediakan di sekolah, namun bg saya ianya agak sukar dilaksanakan kerana kemudahan ICT itu sendiri yg kurang dan klu ada pun ianya tidak diselenggara dgn baik. Guru mmg ada komputer/laptop tp nk papar pd murid tak bleh sbb lcd n skrin x de dlm kelas. Nk bawa ke lab, makan masa. Faktor ni pun bleh jejas P&P. P&P dgn ICT amat baik dan berkesan sekiranya semua prasarana yg berkaitan lengkap dan diambil kira.
|
|
|
Post by mohdsharmimikdc6 on Nov 2, 2011 4:31:27 GMT -5
hendak seribu daya taknak seribu dalih...ict dalam P&P sebenarnya tersangat mudah sekiranya guru banyak maklumat berkaitan tajuk dan topik yang ingin diajar...selain itu kebolehan guru dalam kemahiran ICT banyak membantu guru dalam proses P&P..secara tidak langsung murid akan berasa seronok dalam p&p. maka dengan itu daya ingin belajar murid akan sentiasa berkobar2.
|
|
|
Post by rozaidikdc3 on Nov 2, 2011 7:57:06 GMT -5
menggunakan teknologi dalam p&p sebenarnya banyak memudahkan guru dan murid itu sendiri,akan tetapi kemudahan teknologi perlu seiring dengan penyeliaan baik pulih,internet,dan sokongan daripada semua pihak.Guru yang kurang arif boleh bertanya pada yang pakar tentang ICT,tambahan sekarang ini pula ada FT17 juruteknik komputer tempat rujukan dan meminta bantuan tunjuk ajar.
|
|
|
Post by syahiraazlinkdc3 on Nov 2, 2011 8:04:11 GMT -5
Jika seorang guru itu mahir dalam menggunakan teknologi terkini sudah pasti pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan sangat senang dan menyeronokkan terutama kepada pelajar2. P&P akan lebih berkesan dan tahap pembelajarn murid pasti meningkat.
|
|
|
Post by mohdfahmikdc06 on Nov 2, 2011 9:22:30 GMT -5
Guru perlu seiring dengan teknologi semasa. Pengajaran yang memasukkan elemen teknologi sedikit sebanyak menarik minat murid dalam pembelajaran mereka.
Ini kerana mereka sekarang terdedah dalam dunia internet yang hampir tiada batasan.
|
|
|
Post by idarsujanakdd2 on Nov 2, 2011 9:34:34 GMT -5
bagi saya, guru harus bersedia dan fleksibel dalam menggunakan teknologi dalam kaedah pengajaran harian dengan mata pelajaran yang diajar. hanya tahu menggunakan komputer belum cukup untuk membolehkan guru menggabungkan teknologi dalam p & p.
|
|
|
Post by noornazilawatikdc3 on Nov 2, 2011 10:50:18 GMT -5
Guru pd hr ini perlulah seiring dgn p'edaran zaman..cara penyampaian guru tidak blh lg spt 'chalk n talk' dlm p&p... apa yg perlu, guru hendaklah sentiasa memahirkan diri dlm pelbagai teknologi hari ini bg mengendalikan p&p terutama dlm bidang teknologi p'didikan. guru yg ketandusan ilmu dlm teknologi perlu m'perbaiki diri krn pd era kini semua teknologi dihujung jari.
|
|
|
Post by zulaikhakdc3 on Nov 2, 2011 11:14:37 GMT -5
Murid-murid sekarang lebih berminat utk belajar dgn menggunakan bahan2 yg mengandungi animasi dengan paparan-paparan menarik yang berada di sekeliling mereka, oleh itu...disebabkan murid-murid sekarang lebih advance dan maju ke hadapan, guru-guru juga perlu utk menyiapkan diri seiring dgn murid...bahkan hadis juga ada menyebut...lebih kurang maksudnya.."didiklah anak-anak kamu mengikut zamannya"...mahu atau tidak, didikan sekarang perlu mengambil kira keperluan semasa. Kalau kita boleh lihat di negara maju seperti United Kingdom, kaedah chalk and talk semakin mula ditinggalkan, di kelas...paparan "touch screen" telah mula menggantikan papan putih yg kita gunakan sekarang.Di samping itu juga, faktor geografi seperti tempat tinggal yang jauh antara satu sama lain...tidak menjadi masalah untuk guru dan murid berkomunikasi apabila masalah pembelajaran boleh dibincang dengan menggunakan video conference yg terdapat di internet melalui pelbagai medium seperti "paltalk", YM...percuma..cuma bayar bulanan utk internet sahaja....
|
|
|
Post by yusrankdc3 on Nov 2, 2011 11:30:12 GMT -5
Yusran KDC 3... Mungkin saudara tidak mengetahui bahawa banyak bahan-bahan pengajaran ICT dalam pendidikan Islam dan Bahasa Arab. walaupun saya bukan mengambil jurusan pendidikan Islam di USIM.. Terkejut?... Saya tidak tahulah saudara mengajar di sekolah rendah tau di sekolah menengah..sepanjang pengetahuan saya ,suami saya mengajar Bahasa arab dan Pendidikan Islam di sekolah menengah.... sehingga ke hari ini dia menggunakan ICT semasa sesi P&P . Jadi bila saudara kata kemudahan IT yang berkaitan dengan pend. Islam ini kurang ...saya musykil sikit. salam saudari salwa rasanya tersalah org, sy just quote yg rakan sy cuba suarakan pendapatnya...betul apa yg saudari salwa nyatakan tu,,,mmg tak dinafikan byk bhan2 atau modul2 pend.islam atau b.arab yg berorientasikan ict,,tapi tak semua bersesuaian utk murid2 SEKOLAH RENDAH...dan kebanyakan yg sekolah kami terima adalah dr negara jiran,tak dinafikan ada dr negara kita cuma tidak sesuai...apa yg sy cuba cdngkan semoga kami ,terutama dr kalangan guru SEKOLAH RENDAH dapat mereka cipta sendiri modul2 utk kegunaan di SEKOLAH RENDAH dgn tunjuk ajar drpd en.Baharum sebagai permulaan... pembetulan: bukan kemudahan IT yg berkurangan tetapi mudol2 utk P&P, yg bersesuain dgn tajuk, serta sukatan pelajaran masa kini...
|
|
|
Post by amboaziahkdc3 on Nov 2, 2011 23:10:12 GMT -5
salam shbt... guru x blh ketinggalan dlm teknologi. kna bljr dan rajin bertanya.
|
|
|
Post by sitiganikdc3 on Nov 3, 2011 0:52:20 GMT -5
Teknologi bukan semata-mata alat dan dan mesin, ia merangkumi proses dan idea. sekiranya guru mempunyai idea yang mantap, dibantu dengan perkakasan yang mencukupi, serta proses penggunaan teknologi ini berjalan lancar, sudah tentu pembelajaran akan menjadi lebih bermakna. tetapi, para guru mestilah mempunyai minat dan kemahuan mempejari bidang ICT.... Contohnya saya laa, ajar Iqra' guna Power point... teruja betul murid2 saya...
|
|