|
Post by ninaharyanikdd2 on Oct 30, 2011 22:06:28 GMT -5
Salam sejahtera untuk rakan yang dihormati, Terdapat banyak sekolah dikawasan bandar khususnya mempunyai kemudahan akses dan capaian internet di dalam kawasan sekolah Saya berpendapat setiap sekolah wajar dilengkapi dengan kemudahan internet dan akses melalui wifi di dalam kawasan sekolah. wajar atau tidak? kelebihan dan keburukan? apa pendapat anda? adakah anda bersetuju?
|
|
salwakdd2
Full Member
ada aku kisah....
Posts: 120
|
Post by salwakdd2 on Oct 30, 2011 22:22:11 GMT -5
Salam... sekolah wajar dilengkapai dengan kemudahan internet dan wifi..memudahkan guru untuk menisi SAPS dan murid untuk menjawab soalan skor A. Juga peluang kepada murid yang kurang berkemampuan untuk memiliki kemudahan internet di rumah.
|
|
|
Post by badrunnisahkdc4 on Oct 30, 2011 23:52:16 GMT -5
Saya juga berpendapat setiap sekolah wajar dilengkapi dengan kemudahan internet dan akses melalui wifi di dalam kawasan sekolah. wajar sangat... kelebihannya kepada guru untuk mengakses data, e - learning dan mencari maklumat. keburukannya bimbang guru akan salah guna kemudahan tersebut dan salah anggapan oleh ibu bapa yang menyatakan guru selalu menggunakan internet. Saya setuju wifi dan internet di sekolah. Sekolah saya dah mula, alhamdulillah..sangat berkesan!
|
|
|
Post by amboaziahkdc3 on Oct 31, 2011 0:03:11 GMT -5
salam... apa itu WIFI??? kena faham yang tu dulu. Peranan Guru ICT perlu dilibatkan secara langsung supaya semua murid tidak ketinggalan dalam arus teknologi ini.Bukan setakat byr yuran komputer tp murid buta IT.
|
|
|
Post by sitimashitahkdc4 on Oct 31, 2011 0:06:29 GMT -5
yup,setuju....senang urusan bila ada kmudahn internet di sekolah..tapi yg kurang enaknya bila ada yg mencuri masa bw murid-murid ke makmal komputer....guru tgk movie,murid main game....w/pun ianya akan berjya sekiranya di pantau oleh pihak pentadbir dengan meng' BLOK laman tertentu dari boleh di layari dengan mudah
|
|
|
Post by zainuraomarkdc1 on Oct 31, 2011 2:33:12 GMT -5
Wajar atau tidak....perlu dilihat untuk apa? dalam dunia pendidikan kini yang semuanya secara online..wajar jika capaian internet di sekolah dan adanya WIFI disediakan di setiap sekolah karana guru tidak perlu berebut ke makmal komputer untuk online itu dan ini dan PnP boleh dijalankan di mana-mana sahaja. Tetapi perlu diingat, warga pendidik perlu jujur kerana dibimbangkan sekiranya internet boleh diakses dimana sahaja terutamanya dalam bilik darjah dikhuatiri akan menjejaskan PnP berikutan daripada sibuk membuka email yang masuk ke dalam talifon bimbit guru yang mempunyai WIFI. Perkara seperti ini tidak mustahil akan berlaku kerana rata-rata guru mempunyai FB. Jika keadaan seperti ini berlaku...rasanya macam tak wajarlah pulak...
|
|
|
Post by samsilakdc2 on Oct 31, 2011 4:08:40 GMT -5
Sangat wajar!..Di zaman teknologi ini kita tidak seharusnya ketinggalan dalam arus pembangunan ICT. Kelebihannya: 1. Sudah pastilah memudahkan proses2 pengurusan - arahan n bahan yang perlu dihantar ke PPD yang jauh di pedalaman boleh dihantar/ diterima melalui email. - Proses menilai/ mengemaskini data peribadi/membuat analisa lebih cepat dan telus menggunakan sistem2 spt SKPM,emisdata, Hrmis,SAPS dan banyak lagi. 2. Proses P&P akan lebih menarik lagi kerana aplikasi bahan-bahan yang menarik yang boleh di muat turun dari laman2 sesawang yang berkaitan seantero dunia!. 3. Murid-murid juga boleh menambah ilmu dan manajamkan skil mereka menggunakan aklikasi seperti Skor A, Zoom-A dan banyak lagi..
Pokok pangkalnya, individu itu sendiri,samada dia ingin mengambil tanggung jawab kendiri atau kesempatan sahaja! Kerajaaan telah berusaha agar kita menjadi golongan profesional bukan kakitangan sokongan sahaja!..m cuba merendahkan melalui program2 pensiswazahan guru...so janganlah cuba merendahkan martabat guru dengan sikap yang tidak sepatutnya..
|
|
|
Post by ctnorhafizahkdc4 on Oct 31, 2011 5:17:37 GMT -5
Sahabat sekalian,boleh dikatakan memang WAJIB ada INTERNET dan WIFI di setiap sekolah....Seiring dengan zaman teknologi yang canggih kini...penggunaannya amatlah meluas... contohnya penggunaan WIFI, di mana2 kita pergi,kita pasti dapat melihat stiker WIFI di dinding2 restoran makanan segera seperti Macdonald dll sebagai salah satu daya tarikan kepada pelanggannya.Ini menunjukkan penggunaan INTERNET dan WIFI di sekolah adalah amat WAJAR dan saya juga bersetuju jika penggunaan INTERNET dan WIFI terus dipertingkatkan lagi di masa2 akan datang.
|
|
|
Post by zuhanakdc2 on Oct 31, 2011 8:11:39 GMT -5
INTERNET dan WIFI si sekolah adalah satu keoerluan yang amat penting.di mana ia memudahkan proses pengurusan,mempercepatkan analisa dan menambahkan ilmu pengetahuan guru dan murid.
|
|
|
Post by FAUZIAHNGANEROKDC2 on Oct 31, 2011 8:24:18 GMT -5
INTERNET dan WIFI...
WAJAR kerana telah terlalu banyak perkara yg telah di'online'kan...termasuklah slip gaji, penyata tahunan, saps, kssr, data ssm, spbt, dan yg t'baru mengisi data kursus yg telah diikuti oleh stp guru...( tiada lg kad biru...!!!)
KEBAIKAN terlalu banyak... antaranya memudahkan segala urusan utk memasukkan data... mudah utk mmnta bantuan drpd guru2 lain mengenai mslh yg kita hadapi ketika menyempurnakan "tugas2 khas" yg di'online'kn..boleh siapkan key in markah wktu xde kelas.. mdah nk dptkn maklumat.. dll
KEBURUKAN juga tidak kurang hebatnya.. Jgn lah kita b'facebook pla bla xde kelas...hehehe...
PENDAPAT sya adlh sya sgt bersetuju.
|
|
|
Post by norazzarahtonkdc4 on Oct 31, 2011 8:27:32 GMT -5
Salam.WIFI satu KEPERLUAN!sYOK kalau sekolah ada WIFI.INFORMASI DIHUJUNG JARI LA KATAKAN !!!! ;D
|
|
|
Post by noredzawatiazizkdc4 on Oct 31, 2011 9:26:08 GMT -5
Ya saya setuju senang sikit nak menjalankan pengajaran dan pembelajaran.
|
|
|
Post by norhalimahtunkdd2 on Oct 31, 2011 9:28:43 GMT -5
memanglah ianya sangat diperlukan di setiap sekolah. tetapi perlu pemantauan juga. bercakap dari sudut pengalaman : ada segelintir guru2 yang menyalahgunakan kemudahan sehingga pentadbir menamatkan perkhidmatan. dengan senario terkini banyak data yang kena diisi secara online, jadi akses internet , WIFI amatlah diperlukan.
|
|
|
Post by mohdfaizalkdc6 on Oct 31, 2011 9:48:56 GMT -5
ada kebaikan dan kelemahnya... kebaikan banyak perkara bole dilakukan spt zoom A dan pelbagai maklumat bole di perolehi dan dikongsi bersama secara online...kelemahannya banyak perkara yang tidak berfaedah di akses semasa waktu di dalam sekolah dan kelajuan capaian internet agak mengecewakan kurang berbaloi dengan apa di bayar oleh pihak sekolah ....bole diperbaiki lagi...
|
|
|
Post by norhalimahtunkdd2 on Oct 31, 2011 9:53:52 GMT -5
setuju. kalau boleh biarlah laju supaya boleh digunakan di dalam kelas juga. P&P dengan menggunakan WIFI lebih efektif dan mudah mengakses website yang berkaitan.
|
|