|
Post by badrunnisahkdc4 on Oct 30, 2011 10:57:04 GMT -5
Saya setuju kita perlu ada pakar IT di sekolah. Mereka boleh memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada kita. Tetapi kita juga perlulah mempersiapkan diri kita . Apapun IT penting zaman sekarang supaya kita jauh tak ketinggalan dek zaman.
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Oct 30, 2011 11:02:05 GMT -5
Saya amat menyokong Pakar IT di setiap sekolah. Jangan hanya memilih sekolah besar yang mempunyai ramai guru sahaja. Sekolah kecil yang mempunyai bilangan guru yang sedikit seperti sekolah saya sudah terlalu banyak dibebani dengan tugasan perkeranian selain waktu mengajar melebihi 1000minit. Tidak kira samada Pakar IT diambil dari kalangan GPI mahupun guru akademik biasa. Walaubagaimanapun, saya turut mengharapkan Guru Pendidikan Islam terutamanya mempunyai kepakaran dalam bidang ICT supaya tiada sebilangan orang memandang rendah keupayaan GPI. Tapi, memang ramai GPI yang pakar dalam bidang ini...
|
|
|
Post by zainuraomarkdc1 on Oct 30, 2011 15:03:10 GMT -5
Pakar IT. Rasanya semua organisasi atau jabatan mempunyai pakat IT, apatah lagi di sekolah. Tapi kalu setakat gelaran sahaja tetapi tidak berfungsi rasanya lebih baik tak perlu kot. Selepas ni rasanya semua pelajar PPG akan menjadi pakar IT dekat sekolah masing-masing.
|
|
salwakdd2
Full Member
ada aku kisah....
Posts: 120
|
Post by salwakdd2 on Oct 30, 2011 22:16:50 GMT -5
salam... memang perlu seorang individu guru yang pakar It di sekolah. Tetapi tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada guru itu sahaja..guru yang lain perlu belajar juga..wujudkan pelapis..senang sekiranya guru tersebut berpindah?diarahkan berpindah...
|
|
|
Post by sitimashitahkdc4 on Oct 30, 2011 23:27:45 GMT -5
jadi...kita wajarlah memahirkan diri agar tidak terlalu bergantung kepada orang lain...sampai bila kita perlu mengharapkan orang lain utk selesaikan masalah kita??betul tak??
|
|
|
Post by samsilakdc2 on Oct 31, 2011 4:56:49 GMT -5
Setuju ngan imama...kdc4. Apapun kewujudan Pakar IT di sekolah adalah sebagai pemudahcara sahaja...beruntunglah mana-mana sekolah yang memilikinya..
|
|
|
Post by FAUZIAHNGANEROKDC2 on Oct 31, 2011 7:57:28 GMT -5
saya sgt bersetuju jika guru agama m'jadi pakar rujuk. bukan shj dlm IT malah apa jua bidang. Barulah orang celik mata dgn guru2 agama mcm kita. Guru agamakan serba boleh. Cba tgk di sek..hampir 100% guru agama akn m'ajar subjek lain t'msuklah sya sndiri. Namun begitu, sya ttp mahukn seorg pakar IT di sek kerana bidan ini sntiasa update.. kita sbg guru kdg2 xmmpu nk kejar smua kerja yg diamanahkan..inikan pula hndk sntiasa m'ikuti kursus dlm m'nigktkan pengetahuan IT kita... Pakar rujuk lah org yg paling hmpir utk kita sntiasa b'tanyakan hal2 b'kaitan ICT ini....
|
|
|
Post by zuhanakdc2 on Oct 31, 2011 8:01:30 GMT -5
Baguslah ada guru agama PAKAR IT,bukan hanya baca doa aje...... boleh menjadi tempat rujukkan dan bantuan.
|
|
|
Post by norhalimahtunkdd2 on Oct 31, 2011 9:39:18 GMT -5
Sangat perlu. Kalau boleh bukan dikalangan guru. Kalau lantikan di kalangan guru sama saja seperti sekarang. Jaga makmal komputer macam warisan pusaka keturunan. Tidak boleh guna nanti rosak atau nanti banyak virus.
|
|
|
Post by FAUZIAHNGANEROKDC2 on Oct 31, 2011 9:44:08 GMT -5
hahaha...betul3x.
kadang2 mcm berat jek nak bagi budak2 masuk, takut bersepah kt dlm makmal.
nak lebih best lagi ada yg letak password spy xdigunakan sewenang-wenangnya...
|
|
|
Post by norhalimahtunkdd2 on Oct 31, 2011 9:50:30 GMT -5
nanti boleh cadangkan semua murid bawak laptop sendiri. jadi tak payah kacau harta benda sekolah. kalau rosak atau bervirus, ibu bapa selenggara sendiri. Susah nak guna makmal. Nak2 yang dah letak password, dah faham tokey tak bagi pakai. Kesian tgk muka budak2 yang secerah matahari bila kita panggil pg makmal komputer. Akhirnya duduk diam2 pandang depan.
|
|
|
Post by shnoordirankdc4 on Oct 31, 2011 10:34:23 GMT -5
Dekat sekolah saya GB sendiri yang jadi pakar IT nya, so nak x nak kena mahir-mahirlah ict. Klu datang sekolah kena 'thumbprint' bukan pakai buku kedatangan @ punch card, so x boleh nak pas jari ni dekat member. Laicik system, hebat dia yang bt software sampai diberi gelaran 'mat digital'. Guru2 diajar buka blog sendiri.GB memang hebat, terima kasih buat Encik Sukimin bin Juki, moga sihat-sihat selalu di mana jua berada.
|
|
|
Post by ctnorhafizahkdc4 on Oct 31, 2011 12:43:11 GMT -5
Saya bersetuju dgn k ima...tak mustahil guru GPI tak boleh jd pakar IT....kita bukannya x ada pakar IT dikalangan GPI...ada...tp...kdg2...biasa la...bakat yg kita ada,org lain tak nampak/perasan....jadi....berfikiranlah secara positif wahai teman2 ku dan bergerak pantaslah agar kita dpt berdiri sama tinggi dgn org lain...GPI pasti boleh... InsyaAllah....
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Oct 31, 2011 18:20:03 GMT -5
Apa kata Pakar IT dikalangan guru diberi intensif tambahan,10% gaji ke...maklumlah,zaman materialistik ni... ;D
|
|
|
Post by zamshilappgkdc06 on Oct 31, 2011 20:08:33 GMT -5
Salam semua,sy pun sgt bersetuju dgn pendapat anda semua...memang perlu ada pakar IT utk memenuhi kehendak semasa yg menuntut guru2 menggunakan kem ICT dlm P&P.Pakar IT ini akn dpt membantu guru2 dlm segala permasalahan berkaitan ICT dgn lebih cepat....x perlu tunggu juruteknik atau pakar dr luar.
|
|