|
Post by nordilahmodkdc1 on Nov 21, 2011 3:35:37 GMT -5
fb dan twitter lebih berpengaruh masa kini kerana ia adalah benda baru, sedangkan emel dan forum telah lama wujud. Tambahan pula fb dan twitter adalah lebih mudah terutama mencari kawan lama. Namun begitu fb dan twitter lebih menjurus kepada keburukan jika disalah gunakan sehingga boleh boleh menimbulkan pergaduhan dan keruntuhan rumah tangga.
|
|
|
Post by mohdfahmikdc06 on Nov 21, 2011 3:36:11 GMT -5
|
|
|
Post by zuhanakdc2 on Nov 21, 2011 3:42:42 GMT -5
Aplikasinya mudah,maklumat cepat dapat,santai,mesra pengguna,semua golongan dari murid sekolah rendah hingga golongan warga emas boleh fb,oleh itu pengaruhnya amat tinggi,oleh yang demikian perlu pemantauan......
|
|
|
Post by suhailakdd2 on Nov 21, 2011 3:55:56 GMT -5
melalui aplikasi ini pengguna lebih terbuka untuk memberi pendapat masing2.ia juga dijadikan sebagai medium penghubung yang paling mudah kerana ia tidak hanya terhad kepada golongan tertentu sahaja kerana sesiapa pn bole melayarinya.
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Nov 21, 2011 4:48:17 GMT -5
Laman sesawang seperti facebook, & Twitter semakin mendapat tempat di hati masyarakat kerana jaringan sosialnya luas serta memungkinkan penggunanya menjalin kembali persahabatan yang lama terpisah. Di sebalik kelebihan itu, ada kekurangannya apabila ia boleh mengakibatkan kerosakan sahsiah diri penggunanya jika tersilap percaturan terutama generasi muda dan kelompok matang juga tidak terlepas!
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Nov 21, 2011 4:49:33 GMT -5
FACEBOOK ada pengaruh luas dari segi hubungan persahabatan selain tiada batasan usia mahupun status, selagi seseorang itu mahu berinteraksi.
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Nov 21, 2011 4:51:00 GMT -5
Hubungan maya melalui FACEBOOK menjimatkan masa sehingga segala-galanya menjadi mudah lagi pantas untuk berhubung dengan keluarga atau sahabat di dalam dan luar negara.
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Nov 21, 2011 4:53:47 GMT -5
Melayari laman sesawang FACEBOOK & TWITTER adalah tidak salah dan menjadi kemestian pada era globalisasi, tetapi pelayar perlu bijak membahagikan masa antara pelajaran, kerjaya, kehidupan harian dan rumah tangga serta tahu membezakan antara positif dengan negatif
|
|
|
Post by jamalibinsaidkdc1 on Nov 21, 2011 5:05:23 GMT -5
Assalam, Facebook dan Twitter merupakan laman sembang yang sangat popular pada masa ini, sesiapa yang tidak memiliki akaun ini dianggap ketinggalan dengan peredaran semasa....
FB dan Twitter lebih popular kerana kebebasan yang dimiliki oleh setiap orang.....luahlah apa sahaja didalam akuan tersebut pasti ada yang membalasnya.....pelbagai bahan boleh dimuatkan dalam laman ini membuatkan individu mendapat kepuasan yang lebih berbanding forum...
aplikasinya juga tanpa sepadan 24 jan sehari....
|
|
|
Post by norlizahkdc3 on Nov 21, 2011 5:17:11 GMT -5
salam.. facebook atau twitter lebih porpular mungkin kerana isu yang di bincangkan lebih santai dan berseronok. Sedangkan ketika berforum , perbincangannya lebih serius dan pandangan yang diberi kebanyakkannya diambil kira sebagai bukti pembelajaran. Masuk ke forum mungkin keranan ingin memperolehi markah semata....
|
|
|
Post by azaharkdc5 on Nov 21, 2011 5:22:39 GMT -5
Assalamualaikum... Al-hamdulillah teknologi seperti facebook & twitter memang banyak membantu dan berpengaruh tika ini dalam hubungan persaudaraan sesama islam terutamanya tetapi jika ianya tidak dikawal oleh iman dan taqwa mungkin akan berlaku sebaliknya.
|
|
|
Post by faizahismailkdc5 on Nov 21, 2011 7:31:59 GMT -5
FACEBOOK & TWITTER : macam-macam ada sebab tu berpengaruh!
|
|
|
Post by noredzawatiazizkdc4 on Nov 21, 2011 7:37:36 GMT -5
Setuju, ia memang sangat berpengaruh kerana semua bahan boleh dimuatkan. berbanding dengan forum. forum biasanya berbentuk ilmiah manakala facebook untuk bersantai.
|
|
|
Post by shnoordirankdc4 on Nov 21, 2011 8:30:10 GMT -5
ok la facebook & twitter memang jadi pilihan untuk bersantai tapi ilmu dari forum tu lebih baik bagi kita ni
|
|
|
Post by shnoordirankdc4 on Nov 21, 2011 8:39:09 GMT -5
Ingat jangan pamerkan harta anda di dalam fb kerana di luar sana banyak orang yang teringinkannya....ok
|
|