|
Post by rjnorsilawatikdc6 on Dec 20, 2011 9:07:15 GMT -5
Perkembangan terbaru sahabat lama dapat diketahui apabila mereka add kita, dgn tak langsung hubungan boleh dieratkan semula
|
|
|
Post by rjnorsilawatikdc6 on Dec 20, 2011 9:09:04 GMT -5
Di Fb dan twitter juga kita boleh merelaxkan minda jika bertepatan masa yg sesuai...
|
|
|
Post by rozamohamedkdc6 on Dec 20, 2011 9:40:26 GMT -5
Memang laman sosial facebook dan twitter lebih berpengaruh kerana beberapa faktor tertentu, terlebih dahulu saya ingin menjelaskan beberapa keburukan laman tersebut. Beberapa kajian terbaru terhadap pengaruh web sosial facebook, twitter dan google mendapati laman sosial itu mencetuskan ketagihan umpama dadah.
|
|
|
Post by rozamohamedkdc6 on Dec 20, 2011 9:45:49 GMT -5
"Sikap tidak menggunakan teknologi dianggap terlalu sukar untuk dielakkan bagi sesetengah pihak sama seperti berhenti merokok atau minum arak", kata firma peyelidikan Intersperience mengenai kajian terbaru terhadap mereka disekat daripada menggunakan teknologi online.
|
|
|
Post by rozamohamedkdc6 on Dec 20, 2011 23:49:29 GMT -5
Menurut kajian firma penyelidikan Intersperience juga, 53% daripada 1000 orang yang terbabit dalam kajian melaporkan yang mereka merasa marah apabila tidak menggunakan internet. Kajian ini juga mendapati 40% responden merasa sunyi jika tidak menggunakan kemudahan online.
|
|
|
Post by rozamohamedkdc6 on Dec 20, 2011 23:51:18 GMT -5
Sementara itu, dalam satu lagi kajian di Britain, 1/3 ibu bapa di negara itu beranggapan internet mengancam anak mereka dan 80% kanak-kanak ketagih laman web sosial seperti facebook dan twitter.
|
|
|
Post by rozamohamedkdc6 on Dec 20, 2011 23:53:57 GMT -5
Berdasarkan kajian-kajian ini, dapat dilihat betapa kuatnya pengaruh laman web sosial ini, mungkin kerana di sinilah setiap individu dapat bersosial dengan mudah serta meluah perasaan masing-masing.
|
|
|
Post by rozamohamedkdc6 on Dec 20, 2011 23:58:35 GMT -5
Segala kelebihan yang terdapat dalam laman web sosial ini memanglah berbeza dengan aplikasi forum, emel dan ruang sembang dalam P&P. Ini kerana mungkin ianya berkisar kepada satu-satu topik yang telah ditetapkan selain memerlukan ilmu pengetahuan untuk mengatakan sesuatu di dalamnya. tidak boleh pula untuk berkata sesuatu yang peribadi atau menyalahi tajuk.
|
|
|
Post by rozamohamedkdc6 on Dec 21, 2011 0:02:00 GMT -5
Di masa ini, emel juga sudah kurang berpengaruh kerana penggunaannya kurang berkesan. Belum tentu emel yang ditujukan kepada seseorang dapat dibuka dan dibaca secara langsung dan cepat. Penggunaannya sekarang ini, mungkin lebih kepada untuk menyampaikan sesuatu maklumat atau dokumen di dalam fail.
|
|
|
Post by mohdnazrikdc06 on Dec 21, 2011 7:00:34 GMT -5
Laman sosial seperti facebook dan twitter dianggap lebih santai kerana mengandungi elemen2 multimedia yang menyeronokkan seperi teks ,audio dan video yang sangat menarik. Amat mudah diupdate dan diikuti oleh pengikut-pengikutnya. Ia memiliki aplikasi tersendiri seperti survey secara online, game dan sebagainya. Selain itu ianya sangat mesra pengguna kerana mampu diakses oleh semua peringkat umur dari cucu sehingga datuk dan nenek........
|
|
|
Post by mohdnazrikdc06 on Dec 21, 2011 7:02:22 GMT -5
penggunaan FB dan Twitter lebih berpengaruh kerana ianya lebih popular dan terkenal berbanding yang lain.
|
|
|
Post by mohdnazrikdc06 on Dec 21, 2011 7:03:02 GMT -5
semoga kita dapat mengambil manfaat daripada teknologi yang ada pada masa sekarang.
|
|
|
Post by mohdnazrikdc06 on Dec 21, 2011 7:05:30 GMT -5
dengan twitter & FB kita dapat menghubungi rakan-rakan yang telah lama terputus hubungan.
|
|
|
Post by sitimisrifahkdc6 on Dec 22, 2011 4:32:15 GMT -5
..kerana lebih menarik, ringkas dan popular. Namun banyak masalah yang akan timbul sekiranya kurang dikawal.
|
|
|
Post by sitimisrifahkdc6 on Dec 22, 2011 4:35:22 GMT -5
Penggunaannya mudah, serta penyebarannya juga mudah diterima oleh semua golongan masyarakat tidak kira tua mahupun kanak-kanak seawal tujuh tahun.
|
|