|
Post by amboaziahkdc3 on Nov 1, 2011 22:35:27 GMT -5
ict perlu dipelajari terutama guru2. kalau x tau tanya yang tau.
|
|
|
Post by FAUZIAHNGANEROKDC2 on Nov 1, 2011 23:37:50 GMT -5
sebagai manusia kita memang harus bertanya...bak kata pepatah "malu bertanya sesat jalan"... saya percaya..semua guru2 di sekolah sedah bertungkus lumus mengisi markah dlm 'saps'...yg kurang mahir ict nk xnk knalah buka mulut klu x..alamat xde markah ler anak murid kita...
|
|
|
Post by FAUZIAHNGANEROKDC2 on Nov 1, 2011 23:40:48 GMT -5
saya nk naik menyampah jugak bila nak buka sistem 'saps' ni berkali2 tp xbleh nk msuk mrkah... dr pagi lg..nk kna menghadap laptop kul 3-4 pg xlarat rsanya bila kta dah pulun tenaga di siang hari dgn pelbagai kerja di sekolah dan di rumah... itulah yg berlaku...bla semua perkara di'online'kan... nak salahkan siapa?
|
|
|
Post by badrunnisahkdc4 on Nov 1, 2011 23:45:47 GMT -5
Pentadbir harus memberi fleksibiliti kepada guru2 apabila mengisi markah... Apabila ada masalah sistem mereka juga kena faham mengapa masih ada butang ' merah' . Line terlalu sesak terutama peak hour.
|
|
|
Post by FAUZIAHNGANEROKDC2 on Nov 1, 2011 23:55:02 GMT -5
Kepimpinan melalui teladan...
|
|
|
Post by samsilakdc2 on Nov 1, 2011 23:59:05 GMT -5
:-/Relaks r guru-guru, janganlah 'stressed' sangat, n jangan suka menunjuk kesalahan pada orang len, nanti tak nampak salah sendiri..bahagikan masa dengan baik..'due' utk saps kan ada lagi..pelan-pelan r..kita juga pemimpin!..
|
|
|
Post by noriahmahmoodkdc2 on Nov 2, 2011 0:01:52 GMT -5
Sejauh manakah peranan yang harus dimainkan oleh pemimpin/ guru besar untuk mempastikan sekolahnya tidak ketinggalan dalam perkembangan ICT? Sikap, kewangan, prasarana atau sokongan guru-guru dsb. assalamualaikum.......Sy ingin berkongsi pengalaman mengenai tajuk peranan guru besar/pemimpin untuk mempastikan sekolah tidak ketinggalan dalam perkembangan ict....Alhamdulillah sekolah sy mempunyai gb yg cukup prihatin dengan kebajikan guru2..Didalam bilik guru ada sambungan internet......bilik ict juga tidak berjauhan dari bilik guru dan dibuka sentiasa.....tambahan pula sek sy ada technision khas untuk ict sepenuh masa yg sentiasa meluangkan masa untuk membantu guru2......gb juga pandai mencari dana bagi menambahkan lagi kemudahan dlm bilik ict....cuma kami perlu menempah terlebih dahulu bilik ict jika hendak menggunkannya dengan murid2...
|
|
|
Post by badrunnisahkdc4 on Nov 2, 2011 0:05:29 GMT -5
Betul pn. samsila. cabaran adalah baja untuk berjaya! pada sya sistem ini sangat senang di akhirnya. tak tahu lah rakan2 macamana sebab at the end kita hanya perlu print jer result murid and tampal/ masukkan dalam folder. sangat menyenangkan daripad dulu terpaksa menulis satu persatu secara manual.
|
|
|
Post by noriahmahmoodkdc2 on Nov 2, 2011 0:11:49 GMT -5
sebenarnya bagi saya saps sebenarnya banyak mengandungi faedah & kemudahan.....dulunya memang susah nk isi..line asyik hanyut je....tpi sekarang nampak ok.....sy baru je masukkan markah ok je....dh senang...diorang dh update.....sb byk sangat komen.......harap2 headcount tu dihapuskan je....kementerian kalau nk tengok markah ambil kt saps je....sy pernah 2 tahun pegang headcount..uruskan semua kelas.....slh satu semuanya tak jadi dari awal hingga akhir....terpaksa buat semula.....org yg pernah handle headcount je yg tahu menderitanya uruskan benda tu.....pulak tu nazir asyik datang.....headcount yg suka sangat nk ditengoknya.......dunia2....
|
|
|
Post by ctnorhafizahkdc4 on Nov 2, 2011 0:30:37 GMT -5
rakan2...ikutlah apa yang disuruh...buatlah apa yang patut dibuat....jgn kita menyusahkan org kalo keje kita x siap...yg penting kita pandai bahagikan masa dan buat sehabis baik....
|
|
|
Post by samsilakdc2 on Nov 2, 2011 2:53:53 GMT -5
|
|
|
Post by abdularifkdc2 on Nov 2, 2011 3:44:37 GMT -5
salam...harapan kita semua pemimpin dan guru di Malaysia mempunyai sifat terbuka dan berlapang dada apabila menerima teguran dan kritikan,dengan ini segala bentuk perancangan dari KPM termasukalah memperkasakan ICT disekolah akan mencapai matlamatnya.
|
|
|
Post by zainuraomarkdc1 on Nov 2, 2011 5:11:20 GMT -5
saya setuju dengan pendapat saudari shamsidah KDD2. kepimpinan melalui tauladan.
|
|
|
Post by rozaidikdc3 on Nov 2, 2011 7:12:19 GMT -5
salam...ICT tidak dinafikan memainkan peranan besar dalam bidang pendidikan pada masa kini,melalui KPM pelbagai perlatan ICT dibekalkan pada sekolah bagi meningkatkan mutu P&P dan juga mendapatkan makllumat daripada sekolah dengan segera dan mudah,ibarat kata maklumat di hujung jari,akan tetapi adakah semua sekolah mempunyai kemudahan ICT terutama pedalaman?belum dikira sekolah yang tiada kemudahan asas seperti elektrik dan air bersih.Dalam hal ini, saya merasakan pihak kerajaan perlu memberi kemudahan sama rata tidak kira bandar atau pedalaman,satu lagi lantiklah menteri pelajaran daripada orang akademik jangan orang politik yang tidak tahu selok belok pendidikan,yang tahu hendak meraih populariti demi kepentingan peribadi.
|
|
|
Post by syahiraazlinkdc3 on Nov 2, 2011 8:00:02 GMT -5
1. Latihan berterusan kepada guru-guru di sekolah 2. Naik taraf prasarana ICT yang sedia ada 3. Menyelanggara prasarana ICT yang sedia ada 4. Mengadakan persidangan tentang isu-isu terkini berkaitan ICT dalam pendidikan dan pembelajaran di peringkat sekolah, jabatan pendidikan dan sebagainya 5. Menjemput pakar dalam bidang ICT memberi ceramah atau motivasi kepada guru-guru untuk merperbaiki pengetahuan dalam bidang berkaitan
|
|