|
Post by arifahabarifkdd1 on Nov 22, 2011 7:25:07 GMT -5
Penggunaan perisian instruktional mampu : 3. Meningkatkan kebolehan capaian - kebolehan capaian terhadap sesuatu isi kandungan dapat dipelbagaikan
|
|
|
Post by arifahabarifkdd1 on Nov 22, 2011 7:27:09 GMT -5
Penggunaan perisian instruktional mampu : 4. Meningkatkan pemahaman dan pengekalan informasi dalam ingatan - Penggunaan pelbagai media yang dinamik membolehkan pelajar memahami isi kandungan dengan pantas
|
|
|
Post by FARIDAH Z.A_KDC 4 on Nov 22, 2011 7:29:40 GMT -5
Mengikut Seels dan Richey (1994), teknologi instruksional mencakupi lima domain utama. Lima domain yang dimaksudkan ialah:
Reka bentuk Pengembangan/Pembinaan Penggunaan Pengurusan Penilaian
|
|
|
Post by FARIDAH Z.A_KDC 4 on Nov 22, 2011 7:31:53 GMT -5
MODEL RBI ASSURE : MODEL TUMPUAN BILIK DARJAH
Bagi melahirkan suasana pembelajaran yang berkesan, guru digalakkan merancang instruksi secara sistematik supaya teknologi dan media (alat dan bahan bantuan mengajar) yang digunakan benar-benar memberi kesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Sistematik bermaksud tiap-tiap langkah dalam model ini akan menerima input daripada langkah-langkah sebelumnya dan akan memberi output pula kepada langkah berikutnya. Model ASSURE boleh dijadikan panduan untuk merancang penggunaan media dan teknologi dalam instruksi (Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino, 1982, 1996). ASSURE adalah perkataan Inggeris yang direka daripada enam huruf yang membawa maksud sesuatu itu iaitu pembelajaran pasti akan berlaku: Model ini mempunyai enam langkah: A = Analyse learner (Analisis pelajar). S = State objectives (Nyatakan objektif). S = Select, modify or make media (Pilih, baiki atau buat media) U = Use media (Gunakan media) R = Require learner response (Perlukan tindak balas pelajar). E = Evaluate materials (Menilai dan menyemak semula bahan).
|
|
|
Post by FARIDAH Z.A_KDC 4 on Nov 22, 2011 7:37:19 GMT -5
empat jenis pola instruksional iaitu:
2.1. Guru dengan pelajar
Dalam pola instruksional yang melibatkan guru dengan pelajar mengawal sepenuhnya proses pengajaran dan pembelajaran. Guru adalah sumber tunggal maklumat dan pengajaran menggunakan kaedah penyampaian kapur dan tutur. Ini merupakan kaedah tradisional iaitu tiada media digunakan dalam pengajaran kecuali guru dan papan kapur.
|
|
|
Post by FARIDAH Z.A_KDC 4 on Nov 22, 2011 7:38:45 GMT -5
2. Guru dengan media
Dalam pola yang kedua ini pendekatan masih terarah guru iaitu, guru berperanan sebagai pemberi utama sumber maklumat dan pengajaran. Perbezaan ialah, ia membuat keputusan sama ada mahu atau tidak mahu menggunakan media.
Media digunakan mengikut kesesuaian dan biasanya tidak diintegrasikan secara sistematik di dalam kurikulum. Pola ini masih berunsurkan tradisional.
|
|
|
Post by FARIDAH Z.A_KDC 4 on Nov 22, 2011 7:39:43 GMT -5
3.Guru dengan sistem instruksional dan media
Pola ketiga ini melibatkan guru dengan sistem instruksional dan mediaPendekatan masih terarah guru tetapi keputusan menggunakan media dikongsi bersama oleh guru dan media. Media diintegrasikan dalam kurikulum dan proses instruksional. Penggunaan media dirancang secara sistematik
|
|
|
Post by FARIDAH Z.A_KDC 4 on Nov 22, 2011 7:41:00 GMT -5
4. Media instruksional sahaja (Tiada peranan guru)Dalam pola keempat ini, media instruksional mengambil alih peranan guru. Guru tidak memainkan peranan yang aktif dalam pengajaran samalah seperti apabila kita dapat mewujudkan kuiz online
|
|
|
Post by norhalizasaadkdd1 on Nov 22, 2011 9:48:42 GMT -5
Penggunaan perisian instruksional dalam pengajaran di sekolah akan menarik perhatian murid-murid untuk belajar kerana segalanya di hujung jari mereka.
|
|
|
Post by linarahmankdd2 on Nov 22, 2011 9:58:32 GMT -5
Bagi pelajar lemah dalam kemahiran membaca, adalah lebih sesuai menggunakan bahan bukan cetak. Begitu juga jika pelajar itu lemah dalam menghafal sifir, kaedah latih tubi menggunakan instruksi berbantu komputer boleh membantu pelajar.
|
|
|
Post by nazirahmusakdc5 on Nov 22, 2011 10:04:50 GMT -5
penggunaan perisian instruksional lebih memberi kesan, mudah digunakan oleh pelajar dan menjimatkan masa kerana ianya telah tersedia dengan format2 khusus untuk kemudahan pengguna.Murid-murid juga lebih berminat dengan penggunaan perisian-perisian begini kerana ianya lebih menarik.
|
|
|
Post by linarahmankdd2 on Nov 22, 2011 10:05:07 GMT -5
Guru boleh memilih jenis media yang boleh merangsang pembelajaran seperti pita video, kaedah simulasi atau permainan atau aktiviti yang berasaskan teknologi. Ini akan menambah minat pelajar untuk belajar berbanding dengan kaedah tradisional.."talk and chalk"
|
|
|
Post by linarahmankdd2 on Nov 22, 2011 10:14:32 GMT -5
teknologi instruksional berkaitan dengan proses dalam amalan reka bentuk pengajaran yang bersistematik. Ini bertujuan membolehkan murid-murid menjadi faham apa yang mereka belajar.
|
|
|
Post by linarahmankdd2 on Nov 22, 2011 10:17:27 GMT -5
Pengintegrasian teknologi instruksi ke dalam teknologi amat diperlukan di sekolah. Demi untuk membentuk sebuah masyarakat yang bersifat sains serta progresif, berdaya cipta dan berpandangan jauh ke hari muka, yakni sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat memanfaatkan teknologi kini tetapi turut menjadi penyumbang terhadap pembentukan peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan.(sembilan cabaran ke arah wawasan 2020).
|
|
|
Post by nazrahkdc3 on Nov 22, 2011 10:55:48 GMT -5
Perisian instruksional menjimatkan masa pembelajaran murid kerana kemudahan dan kepantasan maklumat yang diterima- maklumat dihujung jari..
|
|