|
Post by ninaharyanikdd2 on Nov 11, 2011 9:03:33 GMT -5
Minta pihak yang berkenaan upgredkan sistem. dah ok sikit kan maizatul? minta pada siapa?
|
|
|
Post by ninaharyanikdd2 on Nov 11, 2011 9:07:36 GMT -5
Pelajar suka tgk gambar yang menarik. Seharusnya guru lebih banyak menggunakan power point dan lebih peka kepada kehendak pelajar. Saya setuju sangat dengan post cikgu raihan. dengan menggunakan ICT, bukan sahaja gambar, malah ada pelbagai variasi video dan media yang kita boleh capai melalui internet atau komuniti dan mudah untuk kita kongsi dengan pelajar contohnya, boleh kita lihat di is.gd/Uxn05g
|
|
|
Post by norhayatimdsaharkdc5 on Nov 11, 2011 10:18:29 GMT -5
Guru perlu bijak merancang penggunaan sumber teknologi.. perlu teliti gamabar yang sesuai, video yang berkesan serta perisian yang menarik...
|
|
|
Post by zainonkdc3 on Nov 11, 2011 13:46:15 GMT -5
Biasalah setiap sistem yg baru diperkenalkan ada kelemahan spt program SAPS online. Tp lama kelamaan sistem trsebut di perbaiki sehingga mudah n cepat bl digunakan. Setiap ibubapa pn dpt melihat pencapaian anak mereka dgn cepat melalui sistem ini. Perancangan sumber teknologi ini mendatangkn faedah kepada semua pihak.
|
|
|
Post by sufadewisukorkdc4 on Nov 11, 2011 20:17:09 GMT -5
kita pun sukakan yang menarik dan cantik apatah lagi murid....bila nampak sesuatu yang menarik
pastinya tak sabar2 nak tahu apa yang cikgu nak aja hari tu...
|
|
|
Post by noredzawatiazizkdc4 on Nov 11, 2011 20:24:51 GMT -5
tapi pastikan juga gambar menarik pengisian juga menarik, jangan kita lalai dengan melihat benda yang cantik. benda lain kita abaikan.
|
|
|
Post by rozaidikdc3 on Nov 11, 2011 20:30:16 GMT -5
menarik2 gak,objektif pembelajaran jgn diabaikan....
|
|
|
Post by noredzawatiazizkdc4 on Nov 11, 2011 20:34:18 GMT -5
perancangan sumber teknologi itu perlu bersesuaian dengan gaya pembelajaran murid dan up to date.
|
|
|
Post by wandianakdc4 on Nov 11, 2011 20:54:19 GMT -5
Perancangan yang baik akan memudahkan proses P&P. Namun kadangkala ada cabaran dan rintangan yang dihadapi sekiranya ada perkara yang tidak dijangkakan seperti bekalan elektrik, progrm / perisian tidak dapat dibaca oleh komputer atau laptop, Virus. Jadi guru perlu alternatif lain sekiranya masalah 2 seperti tadi timbul.
|
|
|
Post by zulaikhakdc3 on Nov 11, 2011 20:57:43 GMT -5
Bila nak paparkan sesuatu gambar tu...mungkin guru-guru kena buat homework siket...kena tahu apa yang menjadi minat murid2 pada masa kini...kalau utk murid-murid sekolah rendah...apa watak2 kartun yang menjadi minat dan sebutan pada masa kini...kalau kita dapat sesuaikan dgn pengajaran kita...mgkin mereka akan lebih teruja dan excited...mudah2an pengajaran kita pada masa tu akan menjadi lebih menarik, sekaligus memudahkan objektif pembelajaran dicapai..
|
|
|
Post by sufadewisukorkdc4 on Nov 11, 2011 22:02:11 GMT -5
saya setuju puan zulaikha.....tunjuk gamba boboboi sikit je dah seronok...apatah lagi kalau yang
lebih menarik...pasti tak nak sesi p&p habis cepat kan.......
|
|
|
Post by sufadewisukorkdc4 on Nov 11, 2011 22:03:33 GMT -5
kita yang dah tua2 ni pun teruja bila encik baharum tunjuk video iklan india naik motor
lumba.....gelak2 lagi...apatah lagi murid2 yang nalurinya mmg sukakan katun dan keseronokan...
|
|
|
Post by azalinaabdullakdc2 on Nov 12, 2011 1:06:18 GMT -5
Setuju dengan pandangan kawan2 semua.. kesimpulannya, apa2 yang hendak dibuat perlu ada perancangan. Perancangan yang betul dan bijak akan membuahkan hasil yang diharapkan. Yang paling penting, murid faham dan dapat manfaat dari apa yang cuba disampaikan oleh guru.
|
|
|
Post by shnoordirankdc4 on Nov 12, 2011 6:29:45 GMT -5
Semua benda yang kita hendak lakukan di dunia ini perlu perancangan, samalah dengan tajuk di atas. Perancangan dibuat meliputi apa yang hendak diajar, bagaimana ia akan diajar, teknologi yang terlibat serta bagaimana untuk integrasi teknologi dalam p&P.
|
|
|
Post by wrosmawatikdc4 on Nov 12, 2011 9:02:27 GMT -5
Pada saya perancangan teknologi itu amat penting. Mengapa kita perlu merancang ialah supaya pengajaran kita lebih bermakna dan teknologi yang digunakan menepati dengan tajuk yang diajar. Bila ia dirancang dengan baik ia akan memberi kepuasan kepada kedua belah pihak iaitu murid dan guru. cabaranya apabila tiba-tiba alat yang nak diguna itu tidak menjadi dan memerlukan bantuan orang lain.
|
|