|
Post by sitiedaliekdc6 on Oct 29, 2011 10:04:38 GMT -5
Salam.. Dalam kamus Dewan Bitara bermaksud Tiada taranya.. Maka untuk mencapai tahap tersebut pelbagai kelemahan perlu diperbaiki khasnya disudut keperluan peralatan, kepakaran tenikal dan setiap sudut keperluan yang berkaitan..Untuk mencapai tahap kebitaraan ICT di sekolah bukan mudah namun ianya bukan mustahil...
|
|
|
Post by lizahusmankdd1 on Oct 29, 2011 16:37:42 GMT -5
"Asrto , mcm-mcm ada" "ICT mcm-mcm boleh " Maklumat berkaitan pelajar tidak hanya terhad kepada peperiksaan semata-mata kerana mereka merupakan komuniti utama dalam sesebuah sekolah. Maklumat berkaitan pelajar termasuklah maklumat peribadi, pencapaian akademik, penglibatan kokurikulum, disiplin, sahsiah, buku teks, biasiswa dan sebagainya boleh diakses dengan mudah dan cepat untuk kegunaan pengurusan sekolah dengan bantuan teknologi ICT.
|
|
|
Post by FAUZIAHNGANEROKDC2 on Oct 29, 2011 20:38:07 GMT -5
Salam. Penggunaan ICT di sekolah mmg amat digalakkan. Selain mlatih diri utk lebih mahir dlm penggunaannya, ia juga memberi impak yg besar kpd murid-murid di sekolah. Kini, penggunaan ICT merupakan elemen penting di sekolah. Hampir semua urusan sekolah meggunakan ICT termasuklah mengisi data murid, urusan SBBT, key in markah ujian & peperiksaan, mohon tukar sekolah mahupun slip gaji..semuanya melibatkan ICT. Jadi, penggunaan ICT memang tiada taranya...
|
|
|
Post by FAUZIAHNGANEROKDC2 on Oct 29, 2011 20:48:17 GMT -5
Salam. Untuk menjadikan penggunaan ICT suatu kebitaran..banyak perkara yg perlu diambil kira.. Antaranya :
1) Menyediakan makmal komputer lebih dari satu.
2) Memastikan makmal komputer di sekolah dilengkapi dgn semua peralatan dan diselenggara dgn baik.
3) Menyediakan kemudahan untuk mengakses internet.
4) Menjalankan kursus dalaman tentang penggunaan ICT kpd guru-guru dan staf di sekolah secara berkala.
5) Menggalakkan guru-guru mengikuti kursus berkaitan ICT. yg dianjurkan oleh pihal luar.
6) Menyediakan seorang Pakar IT di sekolah bagi memudahkan guru dan staf merujuk sesuatu perkara berkenaan ICT.
|
|
|
Post by sitihawabasrikdc6 on Oct 29, 2011 23:59:27 GMT -5
kelengkapan ict perlu berada di tahap yg baik untuk kepentingan bersama di sekolah.Ini bagi menjalankan proses P&P berjalan lancar.
|
|
|
Post by sitifatimahkdc4 on Oct 30, 2011 11:18:48 GMT -5
Peranan Kementerian/Jabatan Pelajaran : - memastikan semua sekolah mendapat peralatan yg mencukupi - merancang program/bengkel/seminar spy guru2 pakar dlm ICT - memastikan perancangan berjalan lancar hingga ke peringkat akar umbi
Peranan Pentadbir: - memastikan peralatan mencukupi,jika kurang lapor pd pihak atasan - memastikan penggunaan ICTdikalangan guru dan murid - sentiasa memantau penggunaan ICT
Peranan Guru : - menggunakan ICT dalam PnP dengan berkesan - memastikan murid yang lemah diberi bimbingan - memantau murid dalam penggunaan ICT - memastikan murid berdisiplin dan menjaga peralatan ICT semasa penggunaannya - melaporkan kepada pihak pentadbir sekiranya berlaku kerosakan
Peranan Murid: - mematuhi peraturan yang ditetapkan - menjaga keselamatan diri dan peralatan ICT - menggunakan peralatan dengan cermat - mengelakkan diri dari menyalahgunakan kemudahan yang diberi - melaporkan sekiranya berlaku kerosakan kepada guru
Sekian.Itu saja idea yang menerpa... ;D
|
|
|
Post by zainuraomarkdc1 on Oct 30, 2011 14:51:39 GMT -5
Banyak yang perlu disedikan, tapi jika kelengkapan yang dibekalkan tidak berfungsi dengan baik rasanya macam rugi segala usaha.
|
|
|
Post by sufadewisukorkdc4 on Oct 30, 2011 21:51:35 GMT -5
sebagaimana sedia maklum.... mengaplikasikan ICT dalam pelbagai bidang pengajaran dan pembelajaran serta sistem pengurusan dan pentadbiran sekolah. Dengan adanya kepakaran dalam ICT kemudahan mengakses di hujung jari dapat dilakukan dengan pantas dan efisen serta maklumat dapat dikongsi di mana sahaja berada. Para pelajar dan guru akan dapat mengekses maklumat dengan lebih kerap dan mudah serta meningkatkan proses pembelajaran dan pengajaran dalam dan luar bilik darjah dengan berkesan .untuk hasil yang lebih mantap kolaborasi antara masyarakat luar dengan pihak sekolah dapat dipertingkatkan.....Insyaallah
|
|
|
Post by modinkdc3 on Oct 30, 2011 23:12:07 GMT -5
Pihak Kementerian telah menghantar beberapa orang yg mahir dalam mengendalikan ict di beberapa buah sekolah bagi melancarkankan proses kebitaraan ICT yg semakin mancabar ini.moga usha ini dapat diteruskan.
|
|
|
Post by amboaziahkdc3 on Oct 31, 2011 0:08:20 GMT -5
salam shbt.... tidak semua mata pelajaran guna ICT, lebih-lebih lagi mata pelajaran Pendidikan Islam & bahasa Arab... Kalaulah ade pakar ICT dalam tulisan jawi,moh ngoyak kak hambo
|
|
|
Post by badrunnisahkdc4 on Oct 31, 2011 1:39:19 GMT -5
Izin menambah, sekolah saya juga memilih ICT pada sebagai kebitaraan di sekolah. Alhamdulillah kami berjaya memenangi pertandingan robotik peringkat putrajaya. Apa yang boleh dikatakan, sekolah juga perlu bekerjasama dengan agensi luar seperti Uniten, Universiti Multimedia untuk menggarap ilmu dan mencungkil pengalaman daripada mereka.
|
|
|
Post by roslizamohamadkdc1 on Oct 31, 2011 8:04:34 GMT -5
Perancangan untuk menjadikan ICT sebagai kebitaraan di sekolah adalah amat baik, namun ia mestilah seiring dengan segala kemudahan dan peralatan yang berkaitan dengan ICT itu sendiri. Ini kerana masih terdapat banyak sekolah yang tidak mempunyai peralatan dan kemudahan ICT untuk digunapakai oleh guru dan murid, termasuklah sekolah saya. Guru terpaksa mengguna komputer dan printer sendiri untuk menyiapkan tugasan di sekolah...tersangaaatlah sedih. Keadaan ini berlaku kerana tidak ada kesedaran dlm diri pentadbir untuk menyediakan segala kemudahan ICT untuk warga sekolah. Apa yang penting, untuk memastikan kebitaraaan itu dapat dicapai ialah, setiap orang guru mestilah mahir menggunakan ICT samada menghadiri kursus atau sebagainya, peralatan mesti lengkap, seperti komputer, LCD,internet, serta tenaga mahir yang betul2 pakar dalam ICT supaya dapat membantu sekiranya terdapat masalah.
|
|
|
Post by shnoordirankdc4 on Oct 31, 2011 10:27:11 GMT -5
Kain putih dalam perahu, dah letih macam2 tak tahu. Kadang-kadang malas nak pegi makmal komputer coz banyak yg dah rosak x direpair2. Baik guna hak sendiri lagi cepat belajar. So, kesimpulannya guru-guru kena ada komputer sdiri. Banyak faedahnya dari ilmu ICT ni.
|
|
|
Post by badrunnisahkdc4 on Oct 31, 2011 10:49:04 GMT -5
Mengulas tentang kebitaraan ICT, ahli-ahli jawatankuasa setiap bidang kebitaraan di sekolah mestilah duduk semeja dan membincangkan penambahbaikan dan perubahan yang diperlukan dalam setiap bidang berkenaan. Ini penting untuk melonjakkan lagi kecemerlangan sekolah dengan menggunakan aktiviti-aktiviti kebitaraan yang telah dijalankan sebelum ini sebagai asas.Oleh itu, adalah amat penting bagi setiap bidang tersebut untuk terus menyumbang kepada kecemerlangan sekolah dari semasa ke semasa.
|
|
|
Post by badrunnisahkdc4 on Oct 31, 2011 10:52:04 GMT -5
Setiap bidang kebitaraan terutamanya ICT tberpeluang untuk menghasilkan perancangan strategik bagi tempoh tiga tahun yang akan datang, serta mendapat maklumbalas tentang perancangan masing-masing daripada guru dan pentadbir,barulah aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan dapat memberi impak yang berkesan kepada guru dan murid di sekolah.
|
|