|
Post by samsilakdc2 on Oct 28, 2011 23:43:11 GMT -5
Mula-mula je susah! Alah bisa tegal biasa.. KLau setting baik punye...5 min dah leh mula mengajar...adik FaisalKDC3
|
|
|
Post by faisalkdc3 on Oct 28, 2011 23:46:28 GMT -5
terpulang kak
|
|
|
Post by zuhanakdc2 on Oct 29, 2011 6:23:58 GMT -5
ICT sangat penting digunakan dalam pengajaran,murid tidak bosan dan banyak kaedah pengajaran ICT yang dapat menarik minat murid dalam p&p.
|
|
|
Post by norainieksonkdc4 on Oct 29, 2011 6:32:03 GMT -5
Apabila telah tahu menggunakan teknologi pasti timbul keseronokan!
|
|
|
Post by sharina240772 on Oct 29, 2011 7:12:24 GMT -5
saya rasa guru perlu di beri inhouse training pada setiap bulan supaya guru dapat menguasai cara penggunaan komputer yang betul... masih terdapat guru PPG yang tidak pandai menggunakan kemudahan ICT dan takut untuk mencuba termasuklah diri saya sendiri... KDC 2..
|
|
|
Post by sitimashitahkdc4 on Oct 29, 2011 7:35:27 GMT -5
bila siang malam kite dok ngadap laptop d sbgnye...insyaallah kemahiran tu datang dgn sendiri...rajin mencongkel isi kandungannya...semakin banyak ilmu yg kita dapat....manfaatkan masa yg ada dgn aktiviti berfaedah
|
|
|
Post by noredzawatiazizkdc4 on Oct 29, 2011 8:28:20 GMT -5
salam. saya sangat suka bersuka bekenaan guru dan teknologi kerana saya seorang guru pendidikan islam. Maka saya nak membukti subjek pendidikan Islam juga mampu untuk bersaing dalam dunia teknologi hari ini. mata pelajaran pendidikan Islam takkan membosankan.
|
|
|
Post by azrinamohdkdd2 on Oct 29, 2011 8:51:51 GMT -5
Penggunaan bahan teknologi maklumat dalam pendidikan khususnya dari segi pengajaran dan pembelajaran pada masa kini telah menjadi satu perkara yang penting bagi guru-guru. Penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran mampu meningkatkan kefahaman para pelajar dengan lebih baik. Hal ini dapat kita perhatikan bahawa, pembelajaran dari segi pencarian maklumat dan bahan-bahan terkini dalam sesuatu topik dapat dilakukan oleh pelajar-pelajar dengan menggunakan alat teknologi maklumat seperti melalui komputer, internet dan sebagainya.
|
|
|
Post by sitiedaliekdc6 on Oct 29, 2011 9:14:45 GMT -5
Salam.. Pastinya peluang memilih itu diberikan kepada semua, namun tidak semua pendidik mampu mengambil peluang ini dengan sepenuhnya dengan pelbagai kekangan..yang pastinya kita semuanya pasti akan terus memanafaatkan perkembangan teknologi ini semaksimum mungkin untuk bersama-sama menjadi pemangkin kegemilangan pendidikan negara..
|
|
|
Post by norzilashamsudinkdc3 on Oct 29, 2011 11:05:02 GMT -5
saya setuju bahawa ICT boleh membantu guru dalam pengajaran. Pada peringkat permulaan saya tidak mengendahkan keperluannya krn rasa susah dan tiada keperluan utk menggunakannya tetapi apabila adik2 begitu mahir rasa mcm tk patut saya ketinggalan sbb saya seorg guru tambahan pula murid sekrg semakin advance... jadi saya mula belajar dan byk manfaat yg saya perolehi terutama bila saya mengajar pend. islam pra sekolah.. tgk wajah ank2 murid yg seronok dgn p&p memberi 1 kepuasan...
|
|
|
Post by lizahusmankdd1 on Oct 29, 2011 16:03:20 GMT -5
Usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju hanya akan tercapai sekiranya setiap golongan masyarakat kaya dengan maklumat dan bersedia menghadapi cabaran yang bakal mendatang. Maka golongan pelajarlah yang menjadi sasaran penting kerana mereka merupakan penggerak sebenar kemajuan negara di masa hadapan. Oleh itu, guru yang terlibat secara langsung dalam arena pendidikan seharusnya memberikan komitmen dan tumpuan untuk mewujudkan masyarakat bermaklumat ke arah merealisasikan matlamat tersebut.
|
|
|
Post by lizahusmankdd1 on Oct 29, 2011 16:05:45 GMT -5
Guru di alaf baru ini perlu bersiap sedia dengan pengetahuan mengenai komputer. Ini adalah disebabkan satu hari nanti, tiada lagi istilah bebanan dalam menyampaikan ilmu kepada anak bangsa.
|
|
|
Post by lizahusmankdd1 on Oct 29, 2011 16:25:33 GMT -5
Bangkitlah semua guru-guru hadapi cabaran baru.Tiada lagi "chalk and talk". Ini bukan cobaan.Ini betul-betul. ICT bak kayu magik di tangan anda.
|
|
|
Post by azrinamohdkdd2 on Oct 29, 2011 20:17:26 GMT -5
Guru kini berminat utk menggunakan teknologi dlm p&p,tp bila dipantau,pihak yg memantau pula memberi komen sepatutnya papan hitam / whiteboard perlu d penuhi dgn tulisan2. Ini menunjukkan bahawa mereka masih mahu kaedah talk & chalk ni diteruskan lagi.X cukup ke teknologi yg d gunakan sbg bbm dlm p&p sebaliknya masih d minta menggunakan kaedah talk & chalk.Perkara-perkara mcm ni la yg melemahkan semangat segelintir guru utk menggunakan teknologi dlm p&p.Persediaan mengajar yg canggih dh diguna tp bila d pantau masih ada lg komen yg mengarut.
|
|
|
Post by FAUZIAHNGANEROKDC2 on Oct 29, 2011 20:54:27 GMT -5
Salam. Terlalu banyak lagi kelemahan berkenaan ICT di sekolah. Ini kerana terdapat juga sekolah yg tiada makmal komputer.. Jika ada terpaksa berebut dgn guru lain utk menggunakan makmal komputer. Kadangkala, jadual giliran penggunaan makmal telah dibuat tetapi..bukan utk semua subjek sedangkan hampir semua m/pelajaran di sekolah memerlukan murid2 menggunakan ICT.
Jadi, di mana rasionalnya penggunaan ICT di sekolah jika terlalu byk masalah yg timbul?
|
|